Thursday, November 10, 2011

111111 teknik terbaru arab untuk menipu..!

hurm..kat sini(mesir) kalo arab tngk orang Malaysia tu..mmg laaa berduit, mana tak nya..elaun students malaysia aje dah lebih daripada gaji sorang lecturer..huh! kayos Malaysia!

Oleh dek itulah, selalu je pak arab nie mencipta pelbagai taktik nak songlap duit orang Malaysia nie...nie taktik terbarulah yg baru aku discover malam nie..tak taw lah kalo korang dah discover sebelum nie..aku xnak burukkan arabs,tambah-tambah inikan bangsa nabi,instead,aku sngt respect akan thearabs nie,just kadang2 aku bengang la jgk,pke dgn duit menipu tu diorang nak sara anak bini..




Gini taktik terbaru tadi,diorang gunakn wktu malam..katakanlah kita dah kuarkan jumlah yg betul..ie: LE40, then kita bagi dekat dia,tp dia amek duit tu,then tukarkan dengan jumlah yg laen..yes, then dengan seriusnya, dia marah2 kita kata kita bagi tak cukup duit! cisss!! biadap!! then,kepada yg tak perasan jumlah yg dia kuarkan tadi, akan bagi lagi duit untuk cukupkan..untung la dia, untung la sngt LE20 je..nak makan Burger King pn xlepas..instead makan duit haram camtuuu..ingat la halal haram samaaa arab oiiii...


huish! kepada yg dah baca entry nie..tlg la ingtkan sama-sama kita yang ada kat perantauan nie..so, sapa2 yg dah terkena,halalkan je lah..muliakan bangsa Rasulullah yang dah bnyk berjuang untuk kita..saaaayang bangsa Arab! 

Sunday, November 6, 2011

happy eid..!!

Salam Eidd untuk semua membe2 TBS, setiap tahun mesti kita sambut raya haji kan..erm..mmg la kalo tak bermusafir, sama ajelah aidiladha kita tetiap tahun..tp sama pn, tak salah, sebab benda yang paling penting..solat raya tu lah..plus korban..kalo nk better lagi, bermusafir lah..mesti best..tengok budaya orang lain..

Kalau kat Malaysia, rasanya raya puasa lagi meriah daripada raya haji, tp kat mesir nie, sebaliknya..raya puasa tu biasa je..tp raya haji tu..memang meriah..sebab? haha, arab nie kalo ada aktiviti, baru meriah katanya..cam korban ke..kalo setakat lepak2 dengan family tu..tak de lah meriah sngt cam wat korban..




Obviously..even bertahun-tahun dah tengok unta kena semelih pun..arab-arab kat snie still tak boring nak tengok lagi..yelah, berebut dengan students Malaysia waktu nak semelih kat asyir tadi..huh..! da la ada yang bawak mercun..=.=' kesian ler kat haiwan-haiwan korban tu..

hm..Lapah unta? korang penah tak? Kalau kat Malaysia susah kan nak cari orang buat korban unta..kebanyakannya lembu je, tp maybe ada je kat certain tempat, ala..dia cam lapah lembu jugak..tp lagi letih la..sebab besar kot..plus tinggi..otot dia npk je kering..tp bleh tahan la kuatnya..kaki dia saja..kalo waktu nak korban tu, nk je 4 or 5 orang kena pagang..kalau tak, memang keja dia melibas jee..



pernah tengok unta kena semelih? kalau tak pernah..korang bleh tngk video nie, sempat je ak rakam tadi..tp adehh, kena berabut dengan arabs nie..letih laa..


so, again..happy eid untuk semua..:) enjoy makan daging puas-puas!

Thursday, November 3, 2011

hanya penggunting rambut

     Anologi ini mungkin paling sesuai digunakan sebagai gambaran kenapakah ketika ini umat berada dalam keadaan tenat..ye, memang, akan muncul hero kita, Imam Mahdi yang akan kembali mendaulatkan syiar Islam kembali..janji Allah pasti tiba..tapi, Imam Mahdi tak akan muncul selagi kita sendiri tak cuba berusaha untuk menjadi Mahdi..maksudnya,selagi kita tak berusaha untuk jadi lebih baek..

     Ini ada kisah, daripada kelas tafaqquh tadi..masya Allah, mantap sungguh penyampai dia..analoginya menarik, banyak isi-isi yang bernas..tapi yang paling menyentuh, analogi mcm nie lah..Jom kita cbe baca kisah ini, analogi dia menarik..

Ini kisah si penggunting rambut dengan orang yang nak rambut dia diguntinglah..sorang laki, datang ke sebuah kedai gunting rambut, lalu memintanya untuk memotong rambutnya sehingga kemas..sambil membuat kerjanya, si penggunting rambut secara tiba-tiba menyapa pelanggannya..seraya berkata..'Encik rasa, Allah itu wujud tak?' jawab si pelanggan..'uish, mestilah wujud'.

     Penggunting rambut bertanya lagi, kenapa ye, kalau Allah itu wujud dan sayangkan kita, kenapa Allah biarkan keadaan kita macam nie, dengan banyaknye anak luar nikah, zina, banyaknya malapetaka kat dunia nie. Ini bala nie, bala..'si pelanggan terdiam, membisu, dia cuba untuk mempertahankan pendapatnya. Namun dia gagal, dan terus berdiam diri.

Selesai menggunting rambut, si pelanggan berlalu selepas membayar upah si penggunting rambut..Apabila pintu dibuka, si pelangggan melihat seorang lelaki dengan rambut yang panjang dan tak terurus, seraya dia berkata 'aku percaya bahawa penggunting rambut tidak wujud di dunia ini.' Kata-kata itu didengari oleh penggunting rambut dan kembali bertanya.


 'Kenapakah encik berkata demikian?' . Lihatlah lelaki itu, masakan wujud tukang gunting rambut jikalau rambutnya masih berserabut macam tu.' Si penggunting berkata, itu bukan salah saya, tapi salah dia, kerana tidak datang kepada saya'. Si pelanggan tersenyum puas..'jadi kamu masih nak salahkan Allah kenapa dunia kita sekarang kucar-kacir?'. Si penggunting rambut tunduk, malu, dan kini dia mengerti kenapa dunia sekarang tidak lag tenteram..sebab kita sendiri tidak kembali kepada Allah..('',)

Wednesday, November 2, 2011

ini tersangat laaa besar..!


dekat Filipinas, huh hardcore punye buaya...! full version

Friday, September 16, 2011

deja wu~

Pernah tak korang tengok cte final destination? pernahkan? alah..yang cara mati diorang tu seriously tragis uh..haa..yg tu la....then, aku rasa, most of us, pernah alami benda tu kan? mesti pernah...ce korang ingat-ingat balik..aku just nak story sikit..aku actually dah lupa benda nie..tp dalam 2, 3 minggu nie..aku teringat balik kisah tu..aku tak taw..sama ada itu macam 'deja wu' or tak..korang nilai sendiri la cerita nie okay..just sharing..maklumlah, sharing is caring ye tak..^^

Macam nie..masa aku kecik-kecik dulu..aku nak join kelas fadhu ain yang tempat tu dekat belakang masjid..yelah, selalunya, memang buat kat situ...then...satu hari nie, aku tak di'inform'kan bahawasanya kelas itu batal..aku dengan sorang senior nie un p la kelas tu...tp..memang..dah kelas batal..confirm la tak da orang kan..apa yang mengejutkan aku ialah..

seyes..aku nampak dengan mata kepala aku sendiri..there is a mayat, tenga duduk tapi kaki dia mengelunjur..boleh bayangkan? tp..senior aku tak nampak apa-apa, even aku cakap ada mayat..dia tak caya ak...yelah..aku budak lagi kan masa tu..so, no use of telling anyone..so, aku diamkan sampai 2,3 minggu nie..aku decide utk tulis kat sini..

persoalan kat sini..mayat sapa tu? then...aku sorang je nampak...why? kat sini..aku cuba simpulkanlah...maybe..itu mayat yang 'gagal'...fahamkan? maybe, datang nak mintak tolong daripada aku..so, sapa-sapa yang dah baca post nie..please..sedekahkan al-fatihah dekat dia..but then...paling aku takut, adakah itu nasib aku nanti? Allah tunjuk awal-awal, so that aku boleh prepare? who knows..but then, nauzubillah....hopefully it's not..:( astagfirullah...

Tuesday, August 30, 2011

itu ini raya lagiiii~~

huh...entry yang hambar sungguh sebab aku amek masa 20 minit nak pikir entry apa yang aku nak letak..sungguh otak ini kurang berjalan setelah berlalunya ramadhan..hahaha, makan terlalu banyak?? maybe..! so sempena hari raya nie, aku nak ucapkan happy raya day untuk sesiapa yg dah terlajak baca entry nie..^^ 'happy rayaa dayy~~' maaf kalau ada khilaf dan salah..biasalah manusia, mana ada sunyi daripada dosa dan salah..cuma kena usaha kurangkan je salah tu, kalau dah terbuat jugak..mintak maaf jelahh~~..
Sehari sebelum syawal, biasalah, kawan-kawan mesti sibuk nak wish raya situ, sini..dengan 'ssemesnya' yang macam-macam..aku pakai foward je apa yang korang antar kat aku...seriously, tak reti nak buat ayat sendiri....pastu nak tulis ucapan yang dalam bentuk tulisan 'kecik besaq'...hmm?? huh cne uh? tak faham? okay, tulisan dia macam nie..sElAmAt HaRi RaYa..i guess banyak mana eh diorang abeskan masa nak taip camtu? hehehehe..kena ubah huruf besar kecik uh..tapi kalau dah expert tu..dalam seconds je kann..:D so so lahh..
Just a bit tense semalam tengah asyik-asyik mintak maaf sana sini..sampai kat last wish, internet buat hal..uhhh, dah la part paling penting.....memey la~~ so, pagi td pinjam broadband je, mekasih akak qis ^^....so, semua ucapan raya, accomplished! 
Rasanya meriah raya nie...memang depends on banyak mana ibadah, kejayaan kita masa bulan puasa..kesungguhan kita nak buat terawih, nak puasa, lawan nafsu...so natijahnya, lagi banyak ibadah kita bulan puasa..lagi meriah raya kita..-raya yang mengikut garisan panduan Islam- ada je satu golongan tu, ramadhannya tak berjaya mana pun...tapi rayanya mengalahkan raya golongan ulama'.. nauzubillah...jangan la kita tergolong dalam golongan nie...
So..apa yang best bila tiba soal raya nie? Paling best, takbir-takbir yang bergema..plus alunan lembut oleh imam-imam masjid, cuba hayati maksud dia dengan bayangkan pengorbanan kita masa bulan ramadhan..at least mesti menangis jugakkan? kenangkan kejayaan kita dalam bulan ramadhan, mudah-mudahan..:) others, bila tengok tetamu-tetamu datang rumah, makan makanan yang kita hidang..hihi, seriously, enjoy..then, ada budak-budak datang kutip duit raya..see, tengok muka diorang yang suci, innocent, yang bersih..plus baju-baju melayu yang macam-macam kaler, hehehe, ada pulak yang pandai cakap..'kami tak mau masuk dah, nak ekspress' (nak cepat kutip duit agaknya) haha..geram aku...
tapi sebab muka diorang yang ceria...aku suka sangat tengok, memang seriously innocent! 'okaylah dik, p raya cepat-cepat, nnt duit abes' hehehe..alhamdulillah, rasanya raya tahun nie..better daripada tahun lepas and it's the way it should be..terima kasih Allah..


Friday, August 19, 2011

sujudlah..

Cuba kita perhatikan fizikal otak dibawah ini...
kreatif tak anda, untuk menyedari bahawa fizikal otak kita seolah-olah manusia sedang bersujud...
subhanallah..


ini adalah beberapa hikmah yang dapat kita peroleh dengan solat terutama ketika bersujud..


perhatikan bahagian yang bertanda kuning, prefrontal area adalah decision maker bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rasional, kreativiti, merancang masa depan, berfikiran kritis dan banyak lagi sifat yang dapat membezakan manusia dengan haiwan....
apabila kita bersujud, semasa di dalam solat, jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini..dan ini menyebabkan keseluruhan bahagian di bahagian prefrontal cortex ini akan diperbaiki dan menjadi lebih baik. Hasilnya, mukmin boleh membuat keputusan dengan lebih bijak. boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Maka terbuktilah bahawa solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Dan kenapa solat dapat menenangkan hati ketika stress?? ketika stress, sejenis hormon yang dikenali sebagai adrenalin akan dirembeskan. Maka kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan kerana apabila berada dalam keadaan sebegini, dari segi fisologinya, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir. (we call it fight or flight) .
Jadi, bagi merawat stress ini, kita mestilah selalu sujud kepada Allah..dengan sujud ini, lebih banyak ruang kapilari akan dibuka dan lebih banyak darah untuk mengalir ke kawasan ini...
Subhamallah, kan cantik Islam tu, kenapa pilih yang lain...? =)


Tuesday, August 16, 2011

Modem & Router

hmm............
bila kita sebut je modem dan router nie, mesti kita dah taw bahawasanya kedua-nya saling melengkapi, saling memerlukan.........yelah, kalau tak, macam mana nak guna internet..ye tak?? memang, kalau dah salah satu tu buat hal------rosak lee------ means memang internet tak akan dapat capaian, unless kita guna cabel untuk sambung ke lappy....baru boleh guna, so manfaatnya?? terhad dan untuk sorang je kan??


Jadi, jom kita tengok konsep ini daripada sudut ilmu pulak.....
nowadays, mostly semua orang sekarang nie, boleh laa dikatakan terpelajar, sebab? sebab kita belajar.......belajar memang la susah..mana ada benda senang dalam dunia nie..sabar la sikit------pesan kat diri aku jugak ^^------kita belajar daripada sekolah rendah sampai la ke peringkat tertinggi, Ph.D.....insya Allah..but then, masa kita belajar tu, memang kita akan rasa 'ohhh..!! susahnyaaa subjek niee..! tak boleh nak cope nie..!, mak aihh! banyak betul flow dia, macam mana nak ingat!!'...TAPI..disebabkan usaha kita dan bantuan daripada Allah, kita boleh jugak faham dan ingat subjek tu betul-betul..yeah! that's great! Syukur..



Berbalik kepada konsep modem dan router tadi, belajar sahaja tidak mencukupi, 
untuk jadi lebih faham ilmu yang kita mengaji tadi, kita kena la pulak ajar kat orang laen...konsep dia macam nie lah..modem itu sebagai kita yang belajar dan router sebagai transmitter iaitu orang yang mengajarkan ilmu ataupun menyebarkan ilmu kepada orang laen..  kan nampak hebat tu...ilmu kita tu ramai orang boleh dapat dan boleh dimanfaatkan untuk kemajuan ummah..fuh! berganda! especially bulan puasa nie..hehe

Bukan apa..kita kena manfaatkan peluang yang kita ada..kita bebas nak belajar kat Malaysia nie..
tak macam kat negara-negara yang bergolak..contoh kat Afghanistan..hishhh, suasana kelam kabut, macam mana nak belajar tuu...nak survive untuk hidup selesa pun belum tentu..so kita yang ada peluang nie..kena struggle betul-betul for the sake of our religion and then untuk saudara-saudara kita yang tak ada peluang untuk belejar and of course untuk diri kita sendiri..ingat, tak ada benda yang senang dalam dunia nie..semuanya memerlukan usaha dan sebagai orang Islam, kita untung sebab kita ada Allah untuk kita bertawakkal lepas usaha..^^

ps: pesanan untuk aku, dia dan korang yang membaca..:)

Wednesday, August 10, 2011

bersih..!





yaaa..amat bersih kat snie..^^ hehe,
 title yang pernah menjadi amat sensitif di bumi Malaysia sebulan yang lalu..but, this time, bukan bersih itu yang aku maksudkan..just petang tadi, kali pertama aku menjejakkan kaki kat Bazar Ramadhan..huh..! sungguh membanggakan..sebab?? sebab bersih! hehehe..memang kalau nak compare dengan keadaan kat Mesir, sangat berbeza..yet, sangat ramai makhluk Tuhan kat sana..-mostly semua muka laparrr jerk, hekhek, chek paham, posakannn~ musti laparrr..-

Memanglah..rezeki masing-masing Tuhan dah tetapkan..memang, obviously, ada gerai yang memang serabut dengan orang ramai..ada jugak yang tak da sorang pun..huhu, kesian beb! ada gak jumpa membe-membe lama, hurmm..tabiklah, even waktu study pun dah kena kerja dah..maybe nak sara family? Good job dude..go on with that..banyak pahala nanti..

betullah memang banyak betul jenis makanan kat Malaysia..terlalu berjenis-jenis..kalo kat mesir tu aku tengok, 'sepesen' je..makanan pun jenis yang kering-kering je..huhu, tak leh tahannn..hehe, ada je roti tu, kalo 'kepak; pun bole patah..sebab dah keras..kalo makan roti uh..memang asa macam makan keropok lekor garing tanpa ikan, hahah..available only in arabs! kalo kat kebanyakan negara Afrika..ramai rakyat diorang yang mati, sebab kekurangan makanan..yet, kita kat Malaysia? mati sebab terlebih makan, maybe? hehe..dah bnyk jenis sangat..






see? dah tengok? kesiankan? so, kalau korang pegi bazar tu, nampak makanan banyak-banyak, kalau nak beli pun, beli sekadar yang korang rasa cukup sudahlah..jangan la ikut sangat nafsu perut tu..memang tak kan abes punya..last-last membazir..buang macam tu jerk..rugi weyh! insaf la sket tengok budak-budak yang kena fight untuk hidup nie..even sisa pun diorang makan...kalo tak insaf jugak..seriously, you have no soul..^^



Saturday, August 6, 2011

finally leaving..;)

Bismillah dan Salam sejahtera untuk kalian pembaca..
 at last I can say! it's time to return to myhomeland..no place better than Malaysia..hehe, but, Mesir pun best jugak..;) banyak benda boleh belajar dekat snie-especially mediklah, pastu adalah tambah-tambah nilai-nilai survival sket..sbb nak deal dengan thearabs bukan simple macam nak deal dengan Malays-..then itulah, budaya thearabs tak sama dengan Melayu..Yet, it's hard for us to change who we are..sebab tu macam mana pun, Malays paling best, tak kira la thearabs cun macam mana pun..^^'

ini masjid nur..ada dalam KCB, perasan tak??

Balik daripada muzaharat-evakuasi- hari tu..ada lebih kurang empat bulan untuk habiskan syllabus first year..yeah, really, not a short time..banyak jugak dugaan, kena bersabar, sebelum dapat free time macam sekarang..tapi, memang masa berlalu sangat cepat..especially time final exam, even hari pun boleh lupa-really, no kidding weyh- then it's time to return..all thanks to my main characters 2011, they help me survive here..really, trimas untuk kalian, yet I can say, year 2011, not a very good year for me-awal-awal dulu la, yang last-last nie best la jugak, hehe-..


Especially bulan puasa, dengan support daripada membe-membe kuliah from negeri sembilan, selangor, iftar beramai-ramai berjaya jugak kitorang buat..hehe, iftar ramai-ramai kat snie, memanggg best, rapatkan ukhuwah, boleh pakat drop membe-membe yang kantoi..ahaha, enjoy-enjoy..^^ then, terawikh dengan thearabs pun not bad, solat dengan the arabs nie, kita ada semangat laen, maybe sebab kefahaman diorang dalam the Holy Al-Qur'an lebih mendalam kot, suara pun sedap..nice, muda-muda pun suara dah lunak..even letih laaaaa...thearabs baca dua muka surat setengah satu rakaat..T.T 
Then, next year, insya Allah, will be the better one, betul kata senior, rugi kalau datang mesir, just semata-mata untuk study medik, yes, im agree! sebab ada banyak ilmu kat snie, tapi, untuk first year nie, tak sempat sangat, maybe sebab tak ada pengalaman lagi?? hmm..mungkin kot..then, insya Allah..i hope for better plan next year..2012 insya Allah, the better one! 

Sunday, July 31, 2011

exam selesai..syukran lillah..

Bismillah dan salam 
untuk penggoda internet sekalian..hehe -ada ke istilah tu? aku baru jumpa sorang yg guna istilah nie- hehe..whateverlahhh..just, yeahhhh..!! feel free now..! Thanks Allah..segalanya khalash! hopefully ending yang baek..benarlah kata seniors, medik bukan sekadar minat, tp jugak kemampuan..
yerp, thats right..tak penah seumo hidup aku bergelumang dengan buku hampir sebulan lebih..huhu, no kidding..time SPM if sebulan lebih pun, tak ada lah rasa sangat pressure dia..aku mengaku, tahun nie..memang aku dapat rasa dan taw kenapa orang kata medik tu susah..memang! khabar angin kus-kus itu adalah benar..sangat susah..
Mula sem dua nie..lepas balik daripada evakuasi-even aku terlepas pun^^- terus start sem dua dengan amat serius..yess! lebih serius daripada blog serius..doctors start to rush..sebab takut tak sempat nak abeskan syllabus dan memang aku tak sempat nak catch up sangat despite macam-macam masalah yang serrrrabut! ada jugak exam yg terkantoii..! huh! sedeh beb.. 


start dengan exam praktikal sampai lah final exam..ambil masa lebih kurang dua bulan..but then, adalah exam yg kecik-kecik, cam exam yang 10 markah -even 10 markah pun- yess..sangat berharga..10 markah tu lah yg nak tentukan kita lulus or kena repeat -nauzubillah-.. aku sangat takut kalau kena repeat..
sapa ada mood nak baca buku time orang laen tengah cuti? kan kan kan? huh! but if kena jugak, kena lipat gandakan usaha! yeah!! then, tanggal 31 Julai..yes! merdeka..dengan final subjek, human right (separa medik kot) dan english..


Just tinggal around a week aje before aku balik malaysia..yerp, now, tengah dalam perancangan nak beli barang utk orang-orang Malaysia..hehe, especially yg bakal berkenduriii..! hehe congrats! Moga sampai ke anak cucu..^^ malam nie insya Allah.. tarawikh ma'a the arabs..
Katanya the arabs nie cuma buat lapan rakaat jea..but, every rakaat, surah panjang benoo..huh! nak tengok macam mana malam nie..hehe, so dah masuk ramadhan dah nie..and i wish, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..



Thursday, July 28, 2011

the alexandria..! ^^


Bismillah dan salam sejahtera,
tp kali nie, laen sket, dari alexandria, dengan suhu a little bit rendah daripada cairo, dengan angin yang sejuk dek laut mediterranean utk readers ^^..lama tak update blog..sebab sibuk dengan final exam, even sekarang pn, still tak abes exam lagi..heh, ada gap 3 hari lagi before next paper..that's it Human Right..! apa ada hal dengan human right? ermm..melalui belekan kali pertama aku, ada berpuluh artikel dengan principle untuk diketahui..huhuh, dengar kata Israel yang cadangkan human right nie..huh! last2 diorang sniri tak ikut..ish2, mmg dasar Yahudi..

Alexandria, tak pun iskandariah memang perghh! hahah, agak laen daripada Cairo..erm, dari segi suhu tu memang lah..aku maksud kan kat snie, daripada sudut ketamadunan..hehe, in fact, sampah kat snie pun kurang lah..walaupun mmg ada jugak, tak kira la, kat mana2 pn, mesti ada jugak si penggemar buang sampah nie..hehe, nak guna istilah apa untuk orang-orang camnie? sakai? huh! tak baek lah..'honhonhonhonhon' pun kurang kat snie..sesuai untuk sapa2 cari ketenangan kat snie..

ini pun kubu salahuddin jugak, kat cairo pun ada satu..

laut mediterranean

Just itulah, lumrah yang biasa, kalau nak merantau tempat orang, kena la taw atau kuasai bahasa diorang, barulah senang nak survive..hehe, jgn jadi cam aku, arab pun still syuwayya-syuwayya lagi, even dah setahun kat snie..so, aku pun susah nak survive kat snie..despite perangai pak arab yg cakap berbelit-belit cam ular sawo kenyang..huhuh -dia stop kat tempat laen- hampeh tol, susah aku nak cari rumah abg aku kat snie..thanks arabs..!

But then, still jugak aku berjaya sampai kat umah my dear bro..jeles aku, cemana dia leh dapat rumah betol2 kat tepi laut..? erm..maybe tu lah..rezeki dah diaturkan kan? so..hehe, nak jeles pn tak guna, erm, aku mengaku, sangat selesa kat snie..no sweat at all, sodap kalau nak tito..huhuh

Erm..sampai aje, as promised, terus streaming football match Malaysia lawan Singapura..hahah, memang, aku agak fanatik dengan bola nie..tambah2 kalo libat kan match Malaysia dengan team2 kat asia tenggara..
-lebih-lebih lagi dgn IndoMee..huh, arh, Indonlah- coz I want Malaysia to be at the first ranking for AT..
Safee Sali, what a player..bagi sinar kat Malaysia, but then..defenders? apa korang buat? senang-senang aja korang hilang sinar tu kan? sakit hati aku!! Thumbs Up to apex..way to go..-kalo tak sebab apex, aku rasa, Malaysia akan bolos lebih banyak..


kuda kereta=LE 500? tak logik pak cik! hehe..

Then..malas nak ingt match tu..aku hilang kan dengan meronda dengan kereta kuda keliling alex nie..huh, best gak naek keta kuda..cuma, asa bersalah sebab asa cam ganggu traffic je, but ahh pedulikan!..ye arh..pak cik arab tu 'drive' kuda dia betul-betul tengah jalan..terbaek!! way to goo! heheh..selamba jah pak cik nie..tapi time nak bayar tu..pak cik nie a bit onar..geram aku, yeah..harganya mencecah sehingga 500 genih..ape da..apa pak cik nie pke aku nak bayar kot?? no way!..tak logik tol..

kat snie pun ada kedai seafood yang pergh! winRAR..best, superb, awesome..apa lagi yg blogserius selalu guna?? aaa..da tak ingt..haaa, trolololololol..sangat nice restoran tu..erm..bentuk dia panjang..-ada ke bentuk panjang- kita pilih ikan or udang banyak mana yang kita nak..then, tunggu kat tarabeza yang masih kosong..tapi, malam nie meja penuh laa..the arabs penuh malam nie...almaklumlah cuti esok..huhu, aku tengok makanan yang diorang ambil tu, actually bukan nak makan, tapi, mentekedarah..! yeah, sngt luar biasa jumlahnya! maybe sebab tu kot badan diorang kuat n beso..logik gak kan? 

amacam?? kalo bulan puasa barula menguji keimanan ;)

Ceteka apa yang best kat alex?? laut! yeah that's it..laut mediterranean..rugi la kalo datang kat alex kalo tak terjun..jom terjun ?? keh2..will be done!iA..HR? er..nanti dulu kot..^^'

mmg eyes-catching abes lah..

wait for me there! nice!:)


Tuesday, July 19, 2011

dont give up..! ^^


salam dan selamat petang dari kota Cairo yang tengah panas dengan suhu sekitar 37 darjah celsius..huhu..^^ ditambah lagi dengan kekurangan pokokan disini..memang panas abes arh..! but still xguna fan..haha superb tak? 

tamat sudah exam histos, it was the worst..susah..aku mengaku..sangat susah..especially bahagian essay..but then, apa boleh buat? berserah je lah kat Allah..Allah knows the best..apa pn result, better Allah redha than make it as istidradj, nauzubillah.. 


Setiap orang dalam dunia nie ada ujian dia masing-masing, kalau tak ujian daripada sudut sedih, maybe dalam bentuk kegembiraan..kan..? Kalau dalam bentuk kesenangan nie, Allah nak uji, sama ada kita ingat ke tak kat Dia waktu kita senang..the facts, lumrah manusia akan ingat kat Allah waktu susah je..itu lumrah, tak tahulah kalau korang bukan jenis macam tu..hihi, but beware..Ujian Allah waktu senang adalah lebih berat compare to waktu kita susah..


But then..Allah consider jugak ujian yang Allah nak bagi kat kita tu..Dia tak akan uji hamba dia melainkan dalam kemampuan hamba Dia tu..so, kalau korang rasa ujian korang tu berat sungguh, think bout it again, you are the one who can bear it..be proud of yourself..! Allah pilih hangpa..be patient, bersabar then follow the flow sambil berdoa dekat Allah supaya permudahkan ujian tu..insya Allah semua akan dipermudahkan..then darjat korang akan di'upgrade ke lebih tinggi lagi kalau korang betul-betul bersabar dan Ikhlas dalam ujian tu..^^ sampai satu tahap..akan dapat kemanisan Iman..
ini yang semua orang Islam ingin kan..

ps: kita dapat detect kalau sorang tu dah dapat halawatul iman ke tak, melalui percakapan pun dah boleh..:) i dont talk meaninglessly..but based on experience..let's keep praying sampailah kita boleh sampai tahap tu..insya Allah..


Tuesday, July 12, 2011

Letters from Israel to Palestine


Entry kali nie, jom kita tengok apa isi kandungan surat yg ditulis oleh kanak-kanak Yahudi kepada kanak-kanak Palestin. Sebelum kita tengok isi kandungan surat yg ditulis, jom kita tinjau dahulu macam mana puak-puak Yahudi nie mengajar anak diorang..

menurut Israel Children Center, 'there is no vital invesment in Israel except for the children'..apakah? maksudnya, pelaburan Israel tenpenting adalah dalam usaha untuk menjadikan anak-anak Yahudi nie sebagai 'Yahudi yang sebenar-benarnya'..! Menurut Yury Ivanof, dalam bukunya yang bertajuk 'Hati-hati Zionisme' menceritakan bahawa ajaran seperti kekejaman, kekerasan dan kebiadaban dalam kitab Talmud sudah pun diajarkan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi..Mereka menanamkan bahawa sifat seperti kekejaman, kekerasan dan penindasan adalah sah dan sangat dianjurkan oleh agama Yahudi..



Selain dari orang Yahudi berhak untuk dibunuh, ini adalah perintah suci untuk bangsa Yahudi.

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

kepada seorang anak adalah sebuah doktrin wajib bagi orang tua. Dalam Talmud, pengabaian pendidikan agama (baca: Zionisme) oleh orang tua adalah sebuah tindakan yang tercela.

“Menyangkal pengetahuan agama (sama dengan) merampas anak-anak dari warisan.” (Talmud Sanhedrin 91b)

Maka itu betul kata C. Robb, “When you into the eyes your children, you can see the future of Israel”. Yahudi sedar bahawa pendidikan anak adalah kemestian memerangi orang non-Yahudi dan sebuah ideologi yang akan menghasilkan bibit-bibit baru.

Berdasarkan penelitian Dr. Wail al-Qodhi, bahawa melalui pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Ibrani selalu menggunakan pendekatan ajaran Talmud, iaitu terorisme dan kekerasan. Kanak-kanak Yahudi sejak kecil sudah diajarkan, bahawa seorang Yahudi apabila berkahwin dengan Non Yahudi hukumnya tidak sah. Kerana dalam ajaran Talmud wanita Non Yahudi dianggap sebagai binatang peliharaan. 

Dalam bahasa Talmud, maka wanita non Yahudi akan disebut dengan istilah Shiksa. Shiksa sendiri adalah kata turunan dari kata Ibrani “shegitz” yang bermaksud bangkai babi. Oleh sebab itu, tak hairan jika seorang anak kecil Yahudi di Israel pernah ditangkap kamera sedang menendang seorang ibu muslimah sebagai bentuk doktrinasi Talmud dalam otaknya.

 Bukti untuk memperkuat penemuan itu adalah sebuah survey yang diadakan Ary Syerabi, bekas tentera dari Persatuan Anti Teror Israel, terhadap 84 kanak-kanak Israel usia sekolah rendah, semasa dia berkerjasama dengan London Institute for Economic Studies. Dari survey ini, kita akan melihat betapa mereka memang sudah bersiap untuk bertempur melawan kita.

inilah isi kandungan utama entry kali nie..cuba hampa nilai sniri..

Ketika itu Ary Syerabi ingin mengetahui perasaan apa yang ada di dalam benak kanak-kanak Israel terhadap kanak-kanak Palestin sebaya mereka. Ary memberikan sehelai kertas dan pensil kepada kanak-kanak Israel dan Ary berkata, “Tulislah surat buat kanak-kanak Palestin, surat itu akan kami sampaikan pada mereka.”
Hasilnya sangat menakutkan. Kanak-kanak Israel yang menyangka suratnya benar-benar dikirim kepada kanak-kanak Palestin menulis surat mereka dengan sebenar-benarnya, keluar dari hati mereka. Salah satu surat ditulis oleh seorang anak perempuan Israel berusia 8 tahun. Ia mengaku menulis surat kepada anak perempuan Palestin sebayanya.

Isi suratnya:
“Sharon (PM. Israel, red.) akan membunuh kalian dan semua penduduk kampung dan membakar jari-jari kalian dengan api. Keluarlah dari dekat rumah kami, wahai monyet betina. Kenapa kalian tidak kembali ke (tempat) dari mana kalian datang? Kenapa kalian mau mencuri tanah dan rumah kami? Saya mempersembahkan untukmu gambar (ini) supaya kamu tahu apa yang akan dilakukan Sharon pada kalian…ha…ha…”.
Dan gambar yang dimaksud anak Israel itu adalah sebuah sosok Ariel Sharon dengan kedua tangannya memegang kepala anak perempuan Palestin yang menitis darah.
Menurut Dr. Wail Al Qadhi setidaknya ada 5 kesimpulan dalam pendidikan yang di ajarkan Yahudi terhadap kanak-kanak, iaitu:
1. Tercapainya keyakinan mutlak pada kanak-kanak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan dan mempunyai hak yang penuh atas tanah Israel.
2. Mewujudkan generasi yang benci terhadap bangsa Arab dan Islam dengan cara brutal, sadis dan teroris serta memperluas wilayah Israel dengan cara merampas.
3. Memperjelas dan memberikan pemahaman pada kanak-kanak, orang Yahudi akan menjadi musuh bersama non Yahudi, dan tidak akan ada yang menolong Bangsa Yahudi kecuali orang Yahudi itu sendiri.
4. Mewujudkan generasi yang saling menolong dan melindungi hanya untuk sesama Yahudi dan untuk non Yahudi berlaku sebaliknya.
5. Terbentuknya generasi yang bangga sebagai bangsa Yahudi, kaum termulia dari umat lainnya (sya’bu mukhtar), bangsa yang mendapat kehormatan mendapat “tanah yang dijanjikan” (al-ardhu al-mau’udah), dan sebagai bangsa pilihan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan.

Media Barat sering menggembar-gemburkan bagaimana kurikulum sekolah di Palestin kerap mengajarkan kebencian mereka kepada Israel, tanpa mereka melakukan kritik serupa kepada orang tua Israel yang mengajar kanak-kanaknya bahawa kanak-kanak Palestin lebih buruk dari najis.
Mereka juga menyalahkan ajaran Jihad sebagai punca kegagalan perdamaian antara Israel dan Palestin, tanpa menunjuk dimana tidak ada ajaran yang lebih biadab dari Zionisme yang menyatakan selain golongannya lebih daripada babi yang sakit.

Inilah yang dilakukan oleh Arlene Khusner, seorang wartawab Israel, yang pernah menulis “Texts of Hate” pada tahun 2008 yang menyerang ajaran kekerasan dalam Al Qur’an sebagai “pihak tertuduh” dibalik kebencian anak Palestin kepada regim Zionis. 

huh..! melampau betul eh puak-puak Yahudi..!
pada aku, sangat tak wajar nak judge orang sebagai binatang..
sbb kita semua nie sngt berbeza dgn binatang..apa beza?
akallah..
apa beza Yahudi dgn non-Yahudi? 
non-Yahudi ada perikemanusiaan..
Yahudi ada apa? korang judge snirilah..
Watch out Israel!




Thursday, July 7, 2011

tujuh langit..(nama dan warna)


1. langit pertama- Ragi'-berwarna asap

2. langit ke dua-Qaiddum- berwarna tembaga


3.langit ketiga-Al Marom-warna cahaya

4.langit keempat-Ervlon- warna perak



5.langit kelima-Haifuf- warna emas

6.langit keenam- Pengantin- warna Delima Hijau



7. langit ketujuh-Ajama'-Delima Putih


subhanallah..:)
cantik sungguh ciptaan Allah..

Tuesday, July 5, 2011

7 keajaiban pada diri kita..

:) Perasan atau tidak, inilah hakikat..



1. Ketika kita dilahirkan, kita diazan tanpa solat, ketika kita mati, kita disolatkan tanpa azan..

2. ketika kita dilahirkan, kita tidak tahu siapa yang akan mengeluarkan kita, ketika kita mati, kita tidak akan tahu siapa akan mengusung kita..

3. ketika kita dilahirkan, kita dibasuh dan dibersihkan, ketika kita mati, kita dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan..

4. Ketika kita dilahirkan, ibubapa kita akan bergembira, ketika kita mati, ibubapa kita akan bersedih terhadap kita..

5. Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah, Maha Suci Allah, yang menjadikan kita telah memasukkan kita ke dalam tanah..

6. Ketika dalam perut ibu, kita dalam kegelapan dan kesimpitan, ketika di dalam kubur, sekali lagi kita akan berada dalam kegelapan dan kesempitan..

7. Ketika kita dilahirkan, tubuh kita akan dibaluti dengan kain, ketika kita mati, sekali lagi, tubuh kita akan dibaluti dengan kain..


Monday, July 4, 2011

statistik negara teraman

Indeks keamanan Dunia telah mengeluarkan Statistik Keamanan Dunia 2011..
apa yang membanggakan ialah, Malaysia menduduki ranking pertama..!!
maknanya, Malaysia merupakan negara teraman di Asia Tenggara..!
Alhamdulillah..!!:)

untuk lebih info tentang ranking, cuba tengok senarai nie..
Brunei mana?? 
erm..tak tahulah..tak ada data pasal Brunei..


menurut statistik lagi, Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam senarai ranking dunia..!
meninggalkan Singapura ke tangga-24..
so, sama-sama lah kita doakan keamanan ini kekal..
barulah Islam dapat ditegakkan..:)
aminnn..!!

Sunday, July 3, 2011

koleksi pedang Rasulullah (gambar)

salam sejahtera kalian..:)
entry kali nie..berkaitan koleksi pedang..
ini merupakan pedang koleksi Rasulullah SAW..
korang nilai seniri lah size dia..npk macam besaq jugak..
kalo tak silap aku, setiap pedang ada nama dia tersendiri..
so, sapa-sapa ada taw nama setiap pedang nie, 
boleh lah informkan..
aku dah sekali kan semua koleksi pedang nie..
what can I say..? I love Islam..:)!!









'diwajibkan ke atas kamu berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci
dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu
dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepadamu dan 
Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu'..: Al-baqarah, 216

Thursday, June 30, 2011

tahukah anda?


( 88صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 


'(begitulah) perbuatan Allah, yg membuat tiap2 sesuatu dengan kukuh'


tahukah anda?
gambar kat atas nie ialah gambar sebahagian kecil molekul ais 
yg dibesarkan ratusan kali ganda..
lihatlah struktur molekul air tu..
sngt teguh kan?
Masya Allah..


tahukah anda, 
setiap molekul air ada lah berbeza daripada yg lain..
bayang kan berapa ribu atau juta molekul air dalam satu liter botol minuman?
Masya Allah..betapa dahsyatnya kekuasaan DIA..



tahukah anda
setiap molekul air berbeza antara satu dgn lain
mengikut apa yg kita bacakan atau mengikut jenis air..sbg contoh,
ucapan
bismillah, terima kasih atau kita perdengarkan lagu kpd air tersebut..??
Subhanallah..


dan gambar yg last nie adalah molekul air zam zam..
cantik kan??? that's y it's from heaven..:)
Allahuakbar..!

 

Monday, June 27, 2011

things from stomach?? (picture)


1.Pokok Pea daripada paru-paru..


alkisahnya, walaupun doktor menyangka Ron Sveden nie ada kanser kat paru-paru kiri dia..tapi bila wat operation, diorang just jumpa pokok yg macam dalam kacang pod tu la..good news for him..free from cancer, got some plants..! hahah

2. Tali pinggang kulit..


Anuj Ranjan, 20..nak menjalani operation..sbb disyaki menghidap batuk kering..
okeh..! we do operation..what we found??
6 inci taling pinggang kulit from his chest..winning!


3.alatan bedah


apa? erm..slalu je dgar kan careless..doktor tinggal macam-macam dalam badan..
kat Malaysia haritu ada kes, doktor tertinggal kain dalam perut..
haish..hopefully aku xkan jadi careless sampai macam tu..

4. Paku


Prax Sanchez pny MRI, erm..ada paku dalam hidung dia..
masa wat MRI, kuasa magnet yg kuat daripada MRI menyebabkan paku tu
a bit longgar..then, beliau batuk..maka keluarlah paku tersebut..
ahah! free nail there..

5. Gihi Alsu (dentures)


berlaku masa kissing..unfortunately, dentures yg longgar daripada male, masuk 
ke dalam oesophagus female tu..funny eh?? 


AIGOO..macam-macam lah..^^
just utk doctors..hati2 dan peka kalo wat pembedahan..
kang xpasal2 tinggal surgical tools tu dalam badan patients ..



Saturday, June 25, 2011

all the best weh..!!




to all Ainshams medical students first year..
and
to all ainshams football stars..^^


Good Luck semua..all the best
and
be a fighter, fight for the marks..!!

Friday, June 24, 2011

the champs..!

apa? apa? dan apa?

hehehe..nothing lah, just nak menyatakan perasaan bangga
kat junior-junior aku, especially yg masuk pertandingan debat bahasa Arab..!

tahniah weh..!! bangga sebab penah jadi senior korang..:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites