Ungkapan kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله yang bermaksud tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah telah menyatukan kita semua...umat Islam seluruh dunia..kita semua adalah bersaudara, biarlah dibawah redha yang Maha Esa..sejak dari zaman Rasulullah lagi..kalimah inilah yang telah berjaya mengubah bangsa Arab daripada bangsa yang Jahil kepada bangsa yang dihormati lagi disegani diseluruh semenanjung arab..bahkan,kalimah inilah yang berjaya mempersaudara kaum muhajirin dan Ansar, maka terbentuklah sebuah negara Islam yang berdaulat..Allah Yang Maha Pemurah telah mengurniakan kepada orang-orang Islam pada zaman itu sebuah negara Islam setelah penat lelah berdakwah di Makkah selama 13 tahun...
Ternyata pilihan Allah untuk melantik seorang Rasul daripada kalangan bangsa Arab adalah yang terbaik...cara hidup yang simple,tidak complicated dan kesanggupan bangsa Arab bersusah payah menyebar risalah Islam di serata dunia berbanding bangsa-bangsa lain pada masa itu...ternyata bangsa Arab adalah bangsa pilihan untuk Allah melantik Rasul terakhir,penutup segala nabi...merangkap penghulu segala ruh...
لا إله إلا الله محمد رسول الله, kalimah ajaib..kalimah hikmah,...kalimah kekuatan...menyebabkan Islam menguasai 2/3 dunia ketika pemerintahan saidina Umar Al-Khattab, asadullah yang dibantu oleh panglima tentera Islam, merangkap jeneral tentera terbaik dunia yang tidak pernah tumbang walau sekali dalam setiap pertempuran menentang musuh-musuh Allah, pedang Allah...lupakah kita semua itu? Kejayaan membuka baitulmaqdis, kota suci umat Islam daripada tentera Salib oleh Sultan Salahuddin al-ayyubi bersama tentera-tenteranya juga dibawah panji yang sama...dibawah panji kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.............ketahuilah sahabat...Islam adalah agama yang tinggi....mulia dan sempurna...sebab ia adalah agama daripada pencipta segala makhluk...langit dan bumi...masakan risalah yang dibawa oleh Rasul berasal daripada Rabbul Khaaliq tidak sempurna.....
لا إله إلا الله محمد رسول الله kalimah yang dibawa oleh 200,000 tentera Islam bersama-sama hadis Rasulullah S.A.W, 'kota konstantinopel akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera' menggempur kota konstantinopel dibawah pemerintahan sultan Muhammad al-fateh....bersama-sama meriam urban sepanjang 12 inci..menggemparkan seluruh penduduk konstantinopel dan maharajanya yang sering memusuhi Islam semenjak zaman Rasulullah...kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله bersama-sama 70 buah kapal perang berlayar di daratan setelah gagal melepasi tanduk emas yang dihalangi rantai gergasi............sungguh, tentera Islam amat digeruni musuh....لا إله إلا الله محمد رسول الله kalimah yang dikibarkan assyahid Hassan setelah berjaya memasuki kota konstantinopel...dibawah kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله tentera Islam berjaya menawan kota konstantinopel.....membuka masjid aya sophia....
SEE dear sahabat, the one and only way untuk Islam berdaulat sekali lagi ialah, semua umat Islam harus kembali menghayati kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله tidak dapat tidak, kita dah tengok, semua kejayaan tentera Islam, semuanya solid, dibawah kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.........ayuh! kita mengorak langkah menjadi Islam dan muslim yang sebenar.....membina keluarga muslim yang sebenar....membina masyarakat muslim yang sebenar....menjadi negara Islam yang sebenar....memimpin dunia ke arah kehidupan, hadaf, tujuan yang sebenar....menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya....biarlah hidup,mati kita dibawah redha Allah....mati mendapat syurga...aminnn..
PS--->>> teringinnya nak hidup dibawah pemerintahan Khalifah Islamiyyah..bila Islam seluruhnya dipraktikkan...
2 comments:
semua umat Islam nantikan kebangkitan Islam. teringin jugak nak merasa pemerintahan Khalifah Islamiyyah ^_^
insya Allah sahabat..:) sama2 kita ubah diri kita jadi yang lebih baek sementara kita tunggu khalifah umat islam yang akan datang...make he proud of us...we will,insya Allah..
Post a Comment