Anologi ini mungkin paling sesuai digunakan sebagai gambaran kenapakah ketika ini umat berada dalam keadaan tenat..ye, memang, akan muncul hero kita, Imam Mahdi yang akan kembali mendaulatkan syiar Islam kembali..janji Allah pasti tiba..tapi, Imam Mahdi tak akan muncul selagi kita sendiri tak cuba berusaha untuk menjadi Mahdi..maksudnya,selagi kita tak berusaha untuk jadi lebih baek..
Ini ada kisah, daripada kelas tafaqquh tadi..masya Allah, mantap sungguh penyampai dia..analoginya menarik, banyak isi-isi yang bernas..tapi yang paling menyentuh, analogi mcm nie lah..Jom kita cbe baca kisah ini, analogi dia menarik..
Ini kisah si penggunting rambut dengan orang yang nak rambut dia diguntinglah..sorang laki, datang ke sebuah kedai gunting rambut, lalu memintanya untuk memotong rambutnya sehingga kemas..sambil membuat kerjanya, si penggunting rambut secara tiba-tiba menyapa pelanggannya..seraya berkata..'Encik rasa, Allah itu wujud tak?' jawab si pelanggan..'uish, mestilah wujud'.
Penggunting rambut bertanya lagi, kenapa ye, kalau Allah itu wujud dan sayangkan kita, kenapa Allah biarkan keadaan kita macam nie, dengan banyaknye anak luar nikah, zina, banyaknya malapetaka kat dunia nie. Ini bala nie, bala..'si pelanggan terdiam, membisu, dia cuba untuk mempertahankan pendapatnya. Namun dia gagal, dan terus berdiam diri.
Selesai menggunting rambut, si pelanggan berlalu selepas membayar upah si penggunting rambut..Apabila pintu dibuka, si pelangggan melihat seorang lelaki dengan rambut yang panjang dan tak terurus, seraya dia berkata 'aku percaya bahawa penggunting rambut tidak wujud di dunia ini.' Kata-kata itu didengari oleh penggunting rambut dan kembali bertanya.
'Kenapakah encik berkata demikian?' . Lihatlah lelaki itu, masakan wujud tukang gunting rambut jikalau rambutnya masih berserabut macam tu.' Si penggunting berkata, itu bukan salah saya, tapi salah dia, kerana tidak datang kepada saya'. Si pelanggan tersenyum puas..'jadi kamu masih nak salahkan Allah kenapa dunia kita sekarang kucar-kacir?'. Si penggunting rambut tunduk, malu, dan kini dia mengerti kenapa dunia sekarang tidak lag tenteram..sebab kita sendiri tidak kembali kepada Allah..('',)
3 comments:
like like like like suka
hidop hanip hyp =)e.... semangat tempe
hah.korang nie..hmm, del, hayyan..selamat hari raya..:)
Post a Comment