Monday, March 26, 2012

the history of us..!how great!



video



video

#video lama yang enak untuk dikenang...hebat tak sejarah kita? hebatkan? bangga tak jadi orang Islam? mesti banggakan? luas tak kawasan pemerintahan kita dulu? saaangat la luas kan? tapi sekarang,realiti..................kita masih hebat..!! .tapi,kita diuji Allah, Allah sedang memilih hamba-hambaNya yang sanggup berjuang,tegakkan kembali agama ALLAH...agama Islam..untuk Allah ganjarkan mereka syurga abadi..ayuh  kita! contohi Umar al-khattab, Salahuddin al-ayyubi, Sultan Muhammad al-fateh!

Wednesday, March 14, 2012

words of spirit


 Ungkapan kalimah  لا إله إلا الله محمد رسول الله yang bermaksud tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah telah menyatukan kita semua...umat Islam seluruh dunia..kita semua adalah bersaudara, biarlah dibawah redha yang Maha Esa..sejak dari zaman Rasulullah lagi..kalimah inilah yang telah berjaya mengubah bangsa Arab daripada bangsa yang Jahil kepada bangsa yang dihormati lagi disegani diseluruh semenanjung arab..bahkan,kalimah inilah yang berjaya mempersaudara kaum muhajirin dan Ansar, maka terbentuklah sebuah negara Islam yang berdaulat..Allah Yang Maha Pemurah telah mengurniakan kepada orang-orang Islam pada zaman itu sebuah negara Islam setelah penat lelah berdakwah di Makkah selama 13 tahun...


Ternyata pilihan Allah untuk melantik seorang Rasul daripada kalangan bangsa Arab adalah yang terbaik...cara hidup yang simple,tidak complicated dan kesanggupan bangsa Arab bersusah payah menyebar risalah Islam di serata dunia berbanding bangsa-bangsa lain pada masa itu...ternyata bangsa Arab adalah bangsa pilihan untuk Allah melantik Rasul terakhir,penutup segala nabi...merangkap penghulu segala ruh...

لا إله إلا الله محمد رسول الله, kalimah ajaib..kalimah hikmah,...kalimah kekuatan...menyebabkan Islam menguasai 2/3 dunia ketika pemerintahan saidina Umar Al-Khattab, asadullah yang dibantu oleh panglima tentera Islam, merangkap jeneral tentera terbaik dunia yang tidak pernah tumbang walau sekali dalam setiap pertempuran menentang musuh-musuh Allah, pedang Allah...lupakah kita semua itu? Kejayaan membuka baitulmaqdis, kota suci umat Islam daripada tentera Salib oleh Sultan Salahuddin al-ayyubi bersama tentera-tenteranya juga dibawah panji yang sama...dibawah panji kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.............ketahuilah sahabat...Islam adalah agama yang tinggi....mulia dan sempurna...sebab ia adalah agama daripada pencipta segala makhluk...langit dan bumi...masakan risalah yang dibawa oleh Rasul berasal daripada Rabbul Khaaliq tidak sempurna.....


لا إله إلا الله محمد رسول الله kalimah yang dibawa oleh 200,000 tentera Islam bersama-sama hadis Rasulullah S.A.W, 'kota konstantinopel akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera' menggempur kota konstantinopel dibawah pemerintahan sultan Muhammad al-fateh....bersama-sama meriam urban sepanjang 12 inci..menggemparkan seluruh penduduk konstantinopel dan maharajanya yang sering memusuhi Islam semenjak zaman Rasulullah...kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله bersama-sama 70 buah kapal perang berlayar di daratan setelah gagal melepasi tanduk emas yang dihalangi rantai gergasi............sungguh, tentera Islam amat digeruni musuh....لا إله إلا الله محمد رسول الله kalimah yang dikibarkan assyahid Hassan setelah berjaya memasuki kota konstantinopel...dibawah kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله tentera Islam berjaya menawan kota konstantinopel.....membuka masjid aya sophia....

SEE dear sahabat, the one and only way untuk Islam berdaulat sekali lagi ialah, semua umat Islam harus kembali menghayati kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله tidak dapat tidak, kita dah tengok, semua kejayaan tentera Islam, semuanya solid, dibawah kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.........ayuh! kita mengorak langkah menjadi Islam dan muslim yang sebenar.....membina keluarga muslim yang sebenar....membina masyarakat muslim yang sebenar....menjadi negara Islam yang sebenar....memimpin dunia ke arah kehidupan, hadaf, tujuan yang sebenar....menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya....biarlah hidup,mati kita dibawah redha Allah....mati mendapat syurga...aminnn..


PS--->>> teringinnya nak hidup dibawah pemerintahan Khalifah Islamiyyah..bila Islam seluruhnya dipraktikkan...

Sunday, March 4, 2012

dunia dunia dunia....

semalam aku ada join satu program kat snie..program 'save syria'..alhamdulillah la jugak..aku tengok program tu dapat sambutan...syukur ssssangatt aku kat Allah..mahasiswa mesir nie sangat-sangat peka dengan masalah ummah..!! ...walaupun ramai lagi yang tak datang..tapi dewan tu dah penuh dah..sampai melimpah orang ke luar...alhamdulillah, isi dia sangatttt menarik..aku dapat tengok sniri saudara seislam aku bagi talk kat depan..subhanallah, wajah diorang sangat-sangat suci..:) tp sedih bila aku tengok poster-poster yang diorang tunjuk..sedihhh sangattttt:(:( aku tak taw macam mana nak gambarkan macam mana diorang kena siksa..sangat terukkkk!Ya Allah..kuatkan saudara-saudara aku di Syria..semua yang aku dengar malam tu..semua berkaitan dengan sembelih je....aku tak cakap secara hyperbola..ini realiti. memang diorang mati kena sembelih...penah tengok korban? macam tu la saudara-saudara seislam aku kena perlaku kat sana..tak kira even bayi 10 bulan..:( nilai perikemanusiaan tentera rejim memang dah lama hilang..

Ya Allah,hancurkanlah musuh-musuh Islammm..
aku rasa sangat sedih..bila aku pegi program tu semalam, baru aku taw...tak ada langsung hero-hero Islam..memang tak ada..! selama nie..aku memang mengharapkan Iran sebagai hero umat Islam..sebab US pun tak berani kalau nak perang dengan Iran...Hizbullah dah keluarkan artikel tak akan bantu rakyat Syria..Sedih sangat, Syria memang totally kena fight sorang-sorang..against rejim Basyar...ye..! Iran tolong support rejim Basyar, moral+senjata...! macam mana rakyat syria nak menang..:( bekalan senjata pun diorang dah semakin berkurang...

lepas tu..aku tengok pulak video 'im a syrian boy'...since awal-awal lagi aku dah geram dah..plus aku sangat sedih..aku harap,aku dapat buat something untuk tolong diorang..skang nie..apa yang aku boleh buat..cuma la berdoa..berdoa kat Allah..hanya Allah dapat tolong diorang...budak tu cerita..semua ahli keluarga dia kena bunuh...ye, abang dia kena kerat-kerat badan,ayah dia kena tembak kat kepala...apa yang dia boleh buat?? sampai satu part dia cakap...'kamu boleh berpura-pura kami tak wujud kat dunia nie'..ya Allahhhh..kalau boleh,nak je aku cakap kat budak tu..'adik,adik kena tabah,insya Allah,semua umat Islam tengah berdoa kat adik,insya Allah,bantuan Allah akan sampai,adik bersabar banyak-banyak..jgn putus doa,nanti kalau Islam dah naek balik,kita cari sapa yang bunuh family adik tu k'...sedih sangattt..aku sangat lemah,hopeless..apa aku boleh buat? nak lawan diri sniri dulu pun kadang-kadang aku fail..aku tak boleh pke diri aku sndiri skng nie..tak bolehh! saudara-saudara aku kat sana sangat-sangat memerlukan aku..feeling2 tak maen lah! bnda tu dah jadi benda kecik..! who cares! , saudara-saudara aku lagi penting kat sana,Islam lagi penting..Ya Allah, aku harap aku dapat buat something...percepatkanlah bantuanMu ya Allah..

My dear sahabat.............bantuan Allah tak akan sampai kalau umat Islam terus menerus buat maksiat..facebook sudah la...astagfirullahalazim, tak habes2 dengan koreanya..status yang bukan-bukan..sahabat, sedar la..tujuan utama kita hidup untuk Islam..tak da gunanya semua benda-benda dunia nie...nak berseronok berpada-pada la...sedih sangat,bila aku taw..ada orang malaysia tak taw pasal isu Syira...apa nie sahabatttt..:(:( mengaku Islam, tapi isu saudara sendiri pun tak taw..asyik-asyik dengan dunia jee...sahabat tak boleh macam nieee...nanti nak jawab apa depan Allah...jangan taksub sangat dengan bola..pasal bola pun nak bergaduh..benda yang tak ada kaitan kenapa kita nak besar-besar kan?:( tak da kaitan dengan Islam pun bnda tu..melalaikan, kalau nak sokong pun..biarla ala kadar..kalau sanggup bersengkang mata tengok bola 2,3 pagi sampai dua jam..tak kan tak da 10 minit nak solat tahajjud dengan hajat untuk saudara-saudara kat Syria..:(:(

at least..sahabat, tolong doakan saudara-saudara kita kat Syria sana tu..lepas solat..plsss, doakan..moga-moga ada doa-doa sahabat yang termakbul..alhamdulillah..satu-satunya harapan negara Islam yang masa depan Islamnya cerah adalah mesir..insya Allah election bulan mei nanti..doakan parti Islam dapat kuasai mesir..alhamdulillah tentera-tentera mesir, nice...selalu aku jumpa diorang kat masjid, even kat sempadan pun..ramai tentera mesir yang bersolat...sahabat, satu pesanan aku kat snie..ikutlah,joinlah group tarbiah yang betul..ikut betul-betul,insya Allah..matlamat hidup kita akan lebih jelas..insya Allah,bila semua ummat Islam dah kembali kepada Al-Quran dan Assunnah, Imam Mahdi, akan keluar..kita akan sama-sama kuasai dunia..insya Allah sahabat,kita akan menang atau syahid untuk Islam, insya Allah, jiwa kita dibeli dengan syurga Allah...

PS# insya Allah..sahabat kita perbetulkan diri kita...so that kita dapat contohi macam apa yang jadi masa Khalifah Islam sultan Muhammad Al-fateh dulu..sebaik-baik pemimpin,sebaik-baik tentera,sebaik-baik rakyat..even tak boleh jadi macam tu pun..jom kita bergerak ke arah tu..insya Allah sahabat,kita kejar syurga Allah..:)

video

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites