Friday, August 19, 2011

sujudlah..

Cuba kita perhatikan fizikal otak dibawah ini...
kreatif tak anda, untuk menyedari bahawa fizikal otak kita seolah-olah manusia sedang bersujud...
subhanallah..


ini adalah beberapa hikmah yang dapat kita peroleh dengan solat terutama ketika bersujud..


perhatikan bahagian yang bertanda kuning, prefrontal area adalah decision maker bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rasional, kreativiti, merancang masa depan, berfikiran kritis dan banyak lagi sifat yang dapat membezakan manusia dengan haiwan....
apabila kita bersujud, semasa di dalam solat, jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini..dan ini menyebabkan keseluruhan bahagian di bahagian prefrontal cortex ini akan diperbaiki dan menjadi lebih baik. Hasilnya, mukmin boleh membuat keputusan dengan lebih bijak. boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Maka terbuktilah bahawa solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Dan kenapa solat dapat menenangkan hati ketika stress?? ketika stress, sejenis hormon yang dikenali sebagai adrenalin akan dirembeskan. Maka kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan kerana apabila berada dalam keadaan sebegini, dari segi fisologinya, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir. (we call it fight or flight) .
Jadi, bagi merawat stress ini, kita mestilah selalu sujud kepada Allah..dengan sujud ini, lebih banyak ruang kapilari akan dibuka dan lebih banyak darah untuk mengalir ke kawasan ini...
Subhamallah, kan cantik Islam tu, kenapa pilih yang lain...? =)


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites