Sedang asyik mengamati susuk dan seni carpal bones, terlintas, betapa utuh ianya disusun dan direka untuk membolehkannya berfungsi dengan baik.
Keutuhan dan kerapian, tersusunnya figura tulang-tulang ini mengingatkan kita kepada perlunya kepada tersusunnnya strategi dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Perkataan strategi setiap kali disebut akan mengingatkan kita kepada para sahabat di zaman Rasulullah, terutamanya panglima perang Khalid Al-Walid yang tidak pernah tewas dalam satu pun peperangan yang disertainya, termasuk ketika beliau belum Islam.
Selain itu Salahuddin Al Ayyubi, menerima gelaran "the wise" daripada musuhnya kerana kepintarannnya menyusun strategi dan menggerakkan bala tenteranya daripada air ke air sebelum berperang. Hasilnya baginda berjaya membuka Al-Quds pada tahun 1182 M dengan menewaskan tentera Kristian yang menguasai Palestin ketika itu.
Pada tahun 1453 M, dunia sekali lagi dikejutkan dengan strategi perang yang tidak masuk akal oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang menggerakkan 70 buat kapalnya merentasi daratan yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana panglima perang sebelumnya.
Disini terbuktilah kata kata "kebatilan yang tersusun akan mampu mengatasi kebenaran yang tidak tersusun'.
Maka perlunya disini gerakan dakwah untuk benar-benar menyusun strategi dalam usaha untuk memastikan masyarakat memahami perjuangan menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Tugas gerakan dakwah hanyalah berusaha sebaik mungkin dalam penyusunan strategi namun, hasil di akhir perjuangan ini serahkan kepada pemilik risalah ini.
Namun, untuk membawa risalah dakwah ini, ketahuilah ianya ialah tuntutan kepada setiap yang bergelar muslim.
Random Question
Which nerve passes through the carpal tunnel?
A. Radial nerve
B. Ulnar nerve
C. Musculocutaneous nerve
D. Median nerve
#ilovetarbiah
#tarbiahdoktor
0 comments:
Post a Comment