Saturday, September 1, 2012

merdekakah kita?

Assalamualaikum.....

dah lama aku tak tulih kat blog yg dah bersarang lebah ni...memang aku rasa malas sngt kalau bab2 nk menulih ni...adoii, mudah mudahan Allah still bagi aku hidayah untuk aku tulih jugak apa-apa ilmu yang aku dok kutip sepanjang hidup aku ni...harap-harap dapat bagi manfaat untuk ummat Islam sejagat..

haqi nie aku nk share sket pasal artikel yang aku baca dalam majalah solusi...isi dan isu yang dibawa adalah sangat menarik dan ides-idea yang dibawa adalah sangat bernas....isu dia pasal merdeka hari tu laaaa.....hmm, dua hari lepas ada aku tengok tv al hijrah waktu pagi tu...yess, ini adalah respons oleh ibu bapa yang mana anak dia join program sambutan kemerdekaan...

kalau ikut apa yg anak dia habaq, dia tak sempat pn nk menunaikan solat lima waktu dek kerana menyertai program sambutan kemerdekaan tu...so, jom kita pikiaq balik...adakah itu erti dan cara kita nak sambut kemerdekaan? punya nak sambut sampai solat lima waktu pn kita bleh nak tinggal? ini tak sepatutnya berlaku jikalau kita benar-benar orang yg merdeka...

Aku amat bersetuju dengan seorang penulis artikel dalam majalah solusi nie....dia cakap.. kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita menjadi hamba Allah yang sebenar..macam mana jadi hamba Allah yang sebenar tu boleh menjadikan kita sebagai orang yang benar-benar merdeka daripada aspek zahiriah dan rohaniah??
Pencerahan dia macam nie....kita ambil contoh sahabat nabi, Billal bin Rabah..perhatikan pada HAKIKAT JIWA beliau...

Bilal bin Rabah
Status: hamba kepada 'Utbah bin Rabi'ah'
Seksaan yang diterima: Diseksa jasadnya, tubhnya dirantai dan diperlakukan dengan kejam oleh tuannya
Kesalahan yang dilakukan: Masuk Islam tanpa izin tuannya
Hakikat jiwa: Sudah merdeka, bebas dan gembira kerana mendapat hidayah Allah s.w.t dan mendapat kerehatan, dan kekuatan untuk menampung keperitan dan kesakitan luaran yang diterimanya
Kejayaan yang dikecap: Perhambaan kepada Allah dengan mengangkat harga dirinya dengan kualiti iman dan takwa.

Yes...hakikatnya pada hari ni pn...ramai sangat di antara ummat Islam yang merdeka dari segi zahiriah namun masih dijajah dari sudut rohaniahnya...sebenaqnya kan, apa masalah ummat Islam akhir zaman nie? masalahnya kita tak boleh nak ikut apa Al-Qur'an dan As- Sunnah gariskan kepada kita...kenapa kita tak dapat ikut ye? sebab fikiran dan gerak geri seharian kita dah ikut macam barat nak...xpercaya? cuba tengok diri sendiri macam mana? masyarakat? masjid tak penuh langsung kalau sampai waktu solat..tp mall? boleh kata selagi pintu dia tak kunci....penuh orang kat dalam tuh...

tpkan tak faham lagi la macam mana yang dikatakan menjadi hmba Allah yang sebenar..kita adalah orang yg sebenar-benar merdeka...kan jadi hamba tu, tak merdeka lagi la....tak! bukan macam tu..! cuba kita tengok surah al-Isra' ayat satu....


Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
 
(Al-Israk 17:1)



Agak-agak la kan....kenapa Allah guna perkataan ' hambaNya ' kenapa tak guna 'kekasihNya' atau 'rasulNya' ? ini nak menunjukkan darjat seseorang hamba yang menuju Allah, darjatnya amat tinggi...yes, kalau macam tu darjat seseorang yang benar-benar menjadi hamba Allah adalah sangat tinggi disisiNya....tambahan pula, seseorang yang benar-benar menjadi hamba Allah akan merdeka daripada sifat-sifat mazmumah...contoh, hasad dengki, takbur, ujub..kenapa ya? sebab seorang hamba Allah yang beriman tidak akan melakukan apa-apa yang Allah tak suka...so, logik kan kalau kita kata orang yang betul-betul beriman dengan Allah, adalah orang yang merdeka sebenar-benarnya....

Contohilah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan umat-umatnya yang benar-benar soleh yang telah menjadi orang-orang yang benar-benar merdeka...lihatlah pabila mereka benar-benar merdeka....2 per 3 dunia mampu mereka kuasai....agak-agak kan...bila kita nak merdeka ? bila masyarakat kita nak merdeka? kalau tak kembali kepada Al-Qur'an dan Assunnah, kita tak akan merdeka selamanya....

Tuesday, August 14, 2012

Conquest 1453

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelawat stethoscope hitam...haaaa special!

untuk korang yang tetiba ter'mai' kat blog nie.........untuk semua yang dok tunggu-tunggu movie fetih 1453, ini dah ada link dia -untuk yang belum tengok laaaaa-...cerita ni sesuai untuk sapa2 nk bakar semangat jihad dia...tambah-tambah untuk bulan puasa yang dok ada baki lagi 5 hari nie....

enjoy! -ada direct dgn partly punya link-










subtitle bleh amek kat sini...kot-kot tak faham nanti 

Monday, March 26, 2012

the history of us..!how great!



video



video

#video lama yang enak untuk dikenang...hebat tak sejarah kita? hebatkan? bangga tak jadi orang Islam? mesti banggakan? luas tak kawasan pemerintahan kita dulu? saaangat la luas kan? tapi sekarang,realiti..................kita masih hebat..!! .tapi,kita diuji Allah, Allah sedang memilih hamba-hambaNya yang sanggup berjuang,tegakkan kembali agama ALLAH...agama Islam..untuk Allah ganjarkan mereka syurga abadi..ayuh  kita! contohi Umar al-khattab, Salahuddin al-ayyubi, Sultan Muhammad al-fateh!

Wednesday, March 14, 2012

words of spirit


 Ungkapan kalimah  لا إله إلا الله محمد رسول الله yang bermaksud tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah telah menyatukan kita semua...umat Islam seluruh dunia..kita semua adalah bersaudara, biarlah dibawah redha yang Maha Esa..sejak dari zaman Rasulullah lagi..kalimah inilah yang telah berjaya mengubah bangsa Arab daripada bangsa yang Jahil kepada bangsa yang dihormati lagi disegani diseluruh semenanjung arab..bahkan,kalimah inilah yang berjaya mempersaudara kaum muhajirin dan Ansar, maka terbentuklah sebuah negara Islam yang berdaulat..Allah Yang Maha Pemurah telah mengurniakan kepada orang-orang Islam pada zaman itu sebuah negara Islam setelah penat lelah berdakwah di Makkah selama 13 tahun...


Ternyata pilihan Allah untuk melantik seorang Rasul daripada kalangan bangsa Arab adalah yang terbaik...cara hidup yang simple,tidak complicated dan kesanggupan bangsa Arab bersusah payah menyebar risalah Islam di serata dunia berbanding bangsa-bangsa lain pada masa itu...ternyata bangsa Arab adalah bangsa pilihan untuk Allah melantik Rasul terakhir,penutup segala nabi...merangkap penghulu segala ruh...

لا إله إلا الله محمد رسول الله, kalimah ajaib..kalimah hikmah,...kalimah kekuatan...menyebabkan Islam menguasai 2/3 dunia ketika pemerintahan saidina Umar Al-Khattab, asadullah yang dibantu oleh panglima tentera Islam, merangkap jeneral tentera terbaik dunia yang tidak pernah tumbang walau sekali dalam setiap pertempuran menentang musuh-musuh Allah, pedang Allah...lupakah kita semua itu? Kejayaan membuka baitulmaqdis, kota suci umat Islam daripada tentera Salib oleh Sultan Salahuddin al-ayyubi bersama tentera-tenteranya juga dibawah panji yang sama...dibawah panji kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.............ketahuilah sahabat...Islam adalah agama yang tinggi....mulia dan sempurna...sebab ia adalah agama daripada pencipta segala makhluk...langit dan bumi...masakan risalah yang dibawa oleh Rasul berasal daripada Rabbul Khaaliq tidak sempurna.....


لا إله إلا الله محمد رسول الله kalimah yang dibawa oleh 200,000 tentera Islam bersama-sama hadis Rasulullah S.A.W, 'kota konstantinopel akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera' menggempur kota konstantinopel dibawah pemerintahan sultan Muhammad al-fateh....bersama-sama meriam urban sepanjang 12 inci..menggemparkan seluruh penduduk konstantinopel dan maharajanya yang sering memusuhi Islam semenjak zaman Rasulullah...kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله bersama-sama 70 buah kapal perang berlayar di daratan setelah gagal melepasi tanduk emas yang dihalangi rantai gergasi............sungguh, tentera Islam amat digeruni musuh....لا إله إلا الله محمد رسول الله kalimah yang dikibarkan assyahid Hassan setelah berjaya memasuki kota konstantinopel...dibawah kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله tentera Islam berjaya menawan kota konstantinopel.....membuka masjid aya sophia....

SEE dear sahabat, the one and only way untuk Islam berdaulat sekali lagi ialah, semua umat Islam harus kembali menghayati kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله tidak dapat tidak, kita dah tengok, semua kejayaan tentera Islam, semuanya solid, dibawah kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله.........ayuh! kita mengorak langkah menjadi Islam dan muslim yang sebenar.....membina keluarga muslim yang sebenar....membina masyarakat muslim yang sebenar....menjadi negara Islam yang sebenar....memimpin dunia ke arah kehidupan, hadaf, tujuan yang sebenar....menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya....biarlah hidup,mati kita dibawah redha Allah....mati mendapat syurga...aminnn..


PS--->>> teringinnya nak hidup dibawah pemerintahan Khalifah Islamiyyah..bila Islam seluruhnya dipraktikkan...

Sunday, March 4, 2012

dunia dunia dunia....

semalam aku ada join satu program kat snie..program 'save syria'..alhamdulillah la jugak..aku tengok program tu dapat sambutan...syukur ssssangatt aku kat Allah..mahasiswa mesir nie sangat-sangat peka dengan masalah ummah..!! ...walaupun ramai lagi yang tak datang..tapi dewan tu dah penuh dah..sampai melimpah orang ke luar...alhamdulillah, isi dia sangatttt menarik..aku dapat tengok sniri saudara seislam aku bagi talk kat depan..subhanallah, wajah diorang sangat-sangat suci..:) tp sedih bila aku tengok poster-poster yang diorang tunjuk..sedihhh sangattttt:(:( aku tak taw macam mana nak gambarkan macam mana diorang kena siksa..sangat terukkkk!Ya Allah..kuatkan saudara-saudara aku di Syria..semua yang aku dengar malam tu..semua berkaitan dengan sembelih je....aku tak cakap secara hyperbola..ini realiti. memang diorang mati kena sembelih...penah tengok korban? macam tu la saudara-saudara seislam aku kena perlaku kat sana..tak kira even bayi 10 bulan..:( nilai perikemanusiaan tentera rejim memang dah lama hilang..

Ya Allah,hancurkanlah musuh-musuh Islammm..
aku rasa sangat sedih..bila aku pegi program tu semalam, baru aku taw...tak ada langsung hero-hero Islam..memang tak ada..! selama nie..aku memang mengharapkan Iran sebagai hero umat Islam..sebab US pun tak berani kalau nak perang dengan Iran...Hizbullah dah keluarkan artikel tak akan bantu rakyat Syria..Sedih sangat, Syria memang totally kena fight sorang-sorang..against rejim Basyar...ye..! Iran tolong support rejim Basyar, moral+senjata...! macam mana rakyat syria nak menang..:( bekalan senjata pun diorang dah semakin berkurang...

lepas tu..aku tengok pulak video 'im a syrian boy'...since awal-awal lagi aku dah geram dah..plus aku sangat sedih..aku harap,aku dapat buat something untuk tolong diorang..skang nie..apa yang aku boleh buat..cuma la berdoa..berdoa kat Allah..hanya Allah dapat tolong diorang...budak tu cerita..semua ahli keluarga dia kena bunuh...ye, abang dia kena kerat-kerat badan,ayah dia kena tembak kat kepala...apa yang dia boleh buat?? sampai satu part dia cakap...'kamu boleh berpura-pura kami tak wujud kat dunia nie'..ya Allahhhh..kalau boleh,nak je aku cakap kat budak tu..'adik,adik kena tabah,insya Allah,semua umat Islam tengah berdoa kat adik,insya Allah,bantuan Allah akan sampai,adik bersabar banyak-banyak..jgn putus doa,nanti kalau Islam dah naek balik,kita cari sapa yang bunuh family adik tu k'...sedih sangattt..aku sangat lemah,hopeless..apa aku boleh buat? nak lawan diri sniri dulu pun kadang-kadang aku fail..aku tak boleh pke diri aku sndiri skng nie..tak bolehh! saudara-saudara aku kat sana sangat-sangat memerlukan aku..feeling2 tak maen lah! bnda tu dah jadi benda kecik..! who cares! , saudara-saudara aku lagi penting kat sana,Islam lagi penting..Ya Allah, aku harap aku dapat buat something...percepatkanlah bantuanMu ya Allah..

My dear sahabat.............bantuan Allah tak akan sampai kalau umat Islam terus menerus buat maksiat..facebook sudah la...astagfirullahalazim, tak habes2 dengan koreanya..status yang bukan-bukan..sahabat, sedar la..tujuan utama kita hidup untuk Islam..tak da gunanya semua benda-benda dunia nie...nak berseronok berpada-pada la...sedih sangat,bila aku taw..ada orang malaysia tak taw pasal isu Syira...apa nie sahabatttt..:(:( mengaku Islam, tapi isu saudara sendiri pun tak taw..asyik-asyik dengan dunia jee...sahabat tak boleh macam nieee...nanti nak jawab apa depan Allah...jangan taksub sangat dengan bola..pasal bola pun nak bergaduh..benda yang tak ada kaitan kenapa kita nak besar-besar kan?:( tak da kaitan dengan Islam pun bnda tu..melalaikan, kalau nak sokong pun..biarla ala kadar..kalau sanggup bersengkang mata tengok bola 2,3 pagi sampai dua jam..tak kan tak da 10 minit nak solat tahajjud dengan hajat untuk saudara-saudara kat Syria..:(:(

at least..sahabat, tolong doakan saudara-saudara kita kat Syria sana tu..lepas solat..plsss, doakan..moga-moga ada doa-doa sahabat yang termakbul..alhamdulillah..satu-satunya harapan negara Islam yang masa depan Islamnya cerah adalah mesir..insya Allah election bulan mei nanti..doakan parti Islam dapat kuasai mesir..alhamdulillah tentera-tentera mesir, nice...selalu aku jumpa diorang kat masjid, even kat sempadan pun..ramai tentera mesir yang bersolat...sahabat, satu pesanan aku kat snie..ikutlah,joinlah group tarbiah yang betul..ikut betul-betul,insya Allah..matlamat hidup kita akan lebih jelas..insya Allah,bila semua ummat Islam dah kembali kepada Al-Quran dan Assunnah, Imam Mahdi, akan keluar..kita akan sama-sama kuasai dunia..insya Allah sahabat,kita akan menang atau syahid untuk Islam, insya Allah, jiwa kita dibeli dengan syurga Allah...

PS# insya Allah..sahabat kita perbetulkan diri kita...so that kita dapat contohi macam apa yang jadi masa Khalifah Islam sultan Muhammad Al-fateh dulu..sebaik-baik pemimpin,sebaik-baik tentera,sebaik-baik rakyat..even tak boleh jadi macam tu pun..jom kita bergerak ke arah tu..insya Allah sahabat,kita kejar syurga Allah..:)

video

Wednesday, February 29, 2012

around us

Perasan tak,rutin harian kita hari-hari sama je..bangun pagi, mandi, pegi kuliah, sampai petang, jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan..pastu study sket2,tak pun maen game ke..pastu tdo, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan,  bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, urghhhhh!!! 

seee,korang nak baca pun dah bosan..life macam nie kinda bosan la jugak,hari-hari buat benda yang sama..agak-agaknya hidup zaman dulu-dulu lagi best tak? ke camna? kalau laki-laki tu boleh g belajar cara-cara berperang,memanah,macam mana nak guna pedang...soooo coool..! pastu belajar strategi ketenteraan...pastu mengembara sana snie..visa pun tak yah guna, bagi aku,matlamat hidup orang-orang Islam zaman dulu kala lebih jelas berbanding kita sekarang, memang, memang kita solat,buat ibadah semua macam yang orang dulu-dulu jugak, tapi 'feel' buat ibadah tu biasa je, tak dapat nak rasa sangat,faham tak?..kadang-kadang aku tengok balik video-video orang-orang yang berperang dalam jalan Allah,aku tengok balik semangat diorang berjuang, sangat-sangat la bersemangat,they trust,got in war,facing enemy, memang solid kerana Allah,macam mana aku taw ye? Tengok la semangat-semangat orang-orang yang sanggup mati atas jalan Allah tu, sangat detectable..! 

video


Ya Allah,aku rasa kalau diorang hidup lagi zaman sekarang nie,mesti diorang kecewa dengan kita, MEMANG, orang cakap,belajar tu pun jihad jugak, tapi masakan kalau saudara-saudara kita kena sembelih pn,kena bunuh, kita boleh belajar lagi, kita sekarang dah terlalu lemah..sekarang nie, life kita cam dah dirancang, sampaikan nak pikir pasal saudara-saudara kita pun tak sempat...kita sangat sibuk,sampai saudara-saudara kita kena sembelih pun, kita tak sempat nak pke,sebab? sebab,kita nak study,nak kejar cita-cita...mana sempat nak pke semua tu kan..hampeh! memang kita dah dibahagikan ikut rumpun bangsa,even kita saudara seagama pun,kita tak boleh buat apa-apa untuk tolong saudara-saudara Syria...kita hanya boleh berdoa saja, itu pun ada yang malas nak doa..aduuii! apa la nak jadi,lemah sangat! 

Hopefully dalam dua, tiga dekad nie..Islam akan naek balik, aku nak tengok jugak sebelum aku mati one day..macam mana hebatnya semangat-semngat jihad pemuda-pemuda Islam..macam mana hebatnya Islam dalam peperangan,betapa takutnya musuh-musuh Allah bila facing tentera-tentera Islam,macam mana amannya dunia nie,betapa adilnya hidup ini kalau Islam yang memerintah...aku teringin nak tengok macam mana bila kalimah 'lailahaillallah' tercucuk megah atas bumi Allah nie..aku nak tengok macam mana manusia dapat hak hidup masing-masing,rasa dihargai,wanita-wanita dilindungi..semua nie possible kalau hanya Islam yang memerintah dunia..Islam rule the world,soooo cool..! there will be no more or less crime bila adanya hudud, undang-undang ciptaan Allah..tak caya?kalau dah Allah tu pencipta manusia,mesti la undang-undang yang Dia buat tu mampu nak sekat nafsu manusia..guna logik pn dah cukup..takkan la syarikat Nokia yang keluarkan phone Nokia tak taw macam mana nak fixed that phone..logic enough? 

PS# ya Allah,kurniakanlah syabab-syabab Islam semangat jihad seperti singaMu saidina umar, pedangMu khalid al-walid,sultan salahuddin dan sultan muhammad al fateh..berikanlah kemengan kepada Islam..T.T

Monday, February 6, 2012

ianya sebab nikmat

SELALU je kalau aku keluar daripada masjid..ada je pak cik arab nie..tengah berpaut dekat tiang masjid nie,tak pun dekat kereta yang ada kat depan masjid tu, aku pn selalu je monolog dalaman sorang-sorang..'ish,pak cik nie..dah alang-alang dah mai masjid,awat tak masuk dalam solat ramai-ramai,kan seronok..'..bila tengok dia..aku tak kata apa-apa..nak cakap apa,aku cakap arab pun tak reti..aku cuma senyum je kat dia..sambil aku berdoa..ya Allah,berikan hidayah kepada aku dan pak cik nie..moga-moga terbuka hati dia nak bersolat jemaah sekali..aku senyum je kat dia..pastu aku terus jalan balik rumah..tak tegur pn pak cik tu..


gambar hiasan jeee...

benda nie jadi dah dekat dua minggu dah, selalu ja aku aku tengok dia lepas solat..tapi,aku pelik,muka dia sangat-sangat tenang kalau kita tengok..selalu je dia senyum,aku pun,suka balas-balas senyum dengan orang neh..sambil aku cakap sorang-sorang..'ish,doa aku tak makbul lagi nie, takpa2,nanti mesti makbul jugak'...aku senyum, then,terus je pergi...

pastu ada one day..imam masjid datang lambat...aku dok tunggu je dalam masjid tu..xpa la..niat iktikaf sekali..sambil tunggu..tetiba aku teringat kat pak cik tu..baru aku perasan dah dekat seminggu dah tak jumpa dia..'ya raagill!' aku dengar arab menjerit kat belakang..ah,panggil orang laen kot..ramai je laki dalam masjid nie..'duktur Muhammad!!' uish..dia panggil aku rupanya..aku pun kalih kat belakang..-selalunya orang arab nie,panggil nama depan kita,tak pun dia pnggil Muhammad je,arab kat snie panggil aku macam nie, maybe sebab course yang aku ambik kot kat snie..nk dapat title doktor tu,berjanggut lagi la, tak de diorang nk panggil hanif,apatah lagi anip,haha- 

bila aku kalih..aku nampak sorang laki,tengah pegang pak cik tu..'alhamdulillah,datang pun pak cik nie'..laki tu tunjuk syarat suruh bawak pak cik nie masuk dalam..aku bangun la, jalan sampai depan pintu... astagfirullahh..rupanya,pak cik yang selama nie aku tengok..rupanya cacatttt!!..kaki dia tak dapat nak luruskan dengan betul..kalau jalan,memang confirm akan jatuh..nak saja aku menangis time tu..pak cikk,mulianyaa pak cikkk..sanggup datang masjid even kaki macam nieee,memang kita yang ada kaki nie,yang sempurna nie..kalau tak guna kaki nie untuk p solat berjemaah kat masjid,memang kufur nikmat! ..T.T -honestly,aku nangis jugak time tu- rupanya,yang dia duduk tunggu kat luar masjid tu..dia tak boleh nak masuk masjid..sebab dekat pintu masjid,nak masuk tu..ada penghadang sikit...aku bawak la dia duduk atas kerusi,dia senyum je,then baru aku taw..rupanya pak cik nie..tak boleh nak cakap..dia tak bisu,tapi percakapan dia tak jelas..dia senyum je tengok aku..

adussh!teruk seh aku rasa haritu..insafff sangatt....kesal jugak aku dengan diri aku nie..kenapa laa selama nie aku boleh tak perasan yang pak cik nie cacat...adussshhh, nasib la Allah nak tunjuk jugak..as umat Islam,aku kena peka dengan saudara-saudara seislam aku..bukan aku sorang je yang nak masuk syurga..point besar kat snie..seee! tengok la pak cik tu...seCACAT-CACAT dia pun,dia sangat la berusaha nak pegi jugak solat berjemaah..tak da alasan weh nak solat sorang-sorang kat rumah APATAH LAGI KALAU NAK TINGGAL SOLAT,tambah-tambah,kalau diri tu dah sehat walafiat,tak da cacat cela, awas!! kalau Allah tarik nikmat berjalan kita,rasa la penderitaan tu...

Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada aku, dan seluruh umat Islam kat bumi nie..especially bab-bab solat nie..solat nie,sangattt la berat...so, pleassee jangan memandai nak ringan-ringankan,buat halai-balai ja..

Tuesday, January 31, 2012

the bahriah..

fuhhhhhhhhhhhhh*tiup habuk kat page nie..:P

assalam semua...lama sangat tak update kat snie...actually sebok benar dengan 'exam'nya..ermm,kat snie ak nak story sikit pasal jaulah,tak pn orang panggil jalan-jalan makan angin kat padang pasir..especially untuk orang kat Malaysia sana laaa-Malaysia tak da padang pasir-..:) macam nie la,kalau kat Malaysia,kita kaya dengan pokokan serta kayu kayan kan..tapi kalau kat Mesir nie..kalau masuk Cairo tu,ada la bangunan-bangunan coklat..-bnyk bangunan diorang tak bercat snanya,sebab dia..cam mula-mula ak datang snie..ada senior bagitaw..kalau rumah yg tak siap,tak kan dikenakan cukai,so,kalau diorang tak cat tu maknanya tak siap la,so,tak kena bayar cukai..hahah..!kn cerdik Arab nieee...ermm..reason kedua,sbb Mesir nie duduk dekat sngt dengan Israel,so,diorang dah cam terpaksa bersiap sedia untuk berperang kalau-kalau ada panggilan JIHAD..so,rumah-rumah yang cam tak siap plus cam hampir runtuh tu sebagai trick atau pun medan yang dah kena serang..tp seriously...first time ak tengok rumah-rumah kat mesir nie..mmg aku ingt macam diorang baru lepas perang..ermm,tngk snie..



ke still ok rumah mcm nie?haha..ikut cita rasa korang laaa...okeh,termelalut lak..masuk ke cita padang pasir lak..okeh..first masuk je padang pasir tu..aku terpegun la jugak sbb keliling semua pasirr..ye lahh,nama pn padang pasir kan..bentuk muka bumi dia memang sngt unik..dan aku rasa cam tak sesuai je untuk manusia..but then,ada je arab2 badwi yang hidup kat situ..mmg tabik lah..btl2 survival diorang..perjalanan daripada mula-mula masuk padang pasir tu,nak sampai ke hotel kitorang makan masa dekat 4 jam! memang luasss sngt..cuba bygkan kalau dekat Malaysia,means,kalau 4 jam..from Penang,nk ke KL pn 3 jam je..kalau 4 jam..maunya sampai ke Melaka,luas kan? baru padang pasir dia tuuu..tu pn..hotel tu duduk tengah-tengah padang pasir..kalau duduk hujung-hujung? fuhh!luasss..subhanallah, nie ak ada rakam sikit video daripada dalam bas..tngk la sniri mcm mana keadaan padang pasir dia...

video

kalau hari first tu..banyak masa kitorang habiskan dekat dalam bas je,plus ada melawat kawasan oasis..yerp,punca adanya hidupan kat sana, gambar dia ak tak sempat nk amek,sbb phone tertinggal dekat hotel -fullstop-..so,hari kedua tu...mmg truly a veryyyyy longgg day...kitorang naek jeep yg dipandu oleh pak cik arab badwi..bahasa diorang agak pekat..susah jgk nk faham..



yehaaaaa..naek jeep,kebanyakan orang-orang arab kat snie ada jeep sorang satu..sbb senang kalau nak redah padang pasir..pluss no tax..!just harga kereta SAHAJA..minyak pun MURAHHH...ekspedisi kitorang melawat tempat-tempat kat padang pasir lah..erm,ak ada amek gambar..subhanallah,struktur muka bumi sngt2 mengkagumkan! yeah! ada yg macam cerun sket..kitorang golek2 sampai ke bawah..hehe-diorang la golek,aku malas!- nie la antara temapt yang kitorang lawat kat padang pasir masa hari kedua...


salah satu bukit yang kitorang panjat..tinggi jugak,tapi pemandagan kat atas tu sangat cantik,subhanallahhh..angin tu memang kuat sngt..:)

kristal bukan ada dalam gua SAHAJA k?kat padang pasir pn ada..

ini lagi satu bukit yg didaki..tp sorang je yg panjat..korang nampak tak? kecik cam semut je orang tu...

lagi satu...

agak curam bentuk muka bumi dia..japg tengok video kitorang golek2..:P hahah!




pasir dia sangat laaa halus..tido pun sedap neh!

pemandangan daripada atas bukit yang kitorang daki tadi..cantikkk

lagi satu kristal..


okeh..now,tngk video orang golek-golek..heheh

video

Malam tu..kitorang bermalam kat padang pasir...hehe,yerp..mmg dekat padang pasir semua..baek solat ke, qada hajat ke...semua kat padang pasir..memang penat..tapi,nak rasa pengalaman macam nie sangat la susah..so,aku rasa sangat-sangat puas hati,dapat jugak aku rasa mcm mana hidup dekat padang pasir...macam yang kita taw,padang pasir,banyak sejarah dan kaitannya dengan sirah..:) nak jadi hal pulak..masa subuh,ada hujan...masya Allahhh..sangat la sejukkkk..nak amek wudhu',sngt2 mencabar..tapi, itu tak jadi penghalang untuk kitorang solat..tak dek hallah sejuk sket-sket nie...wehehe,


Allahuakbar..!!

hari last tak banyak yg kitorang buat..just,pagi melawat batu yang bentuk dia cam cendawan..macam-macam kan ciptaan Allah?:) senang je kalau Allah nk buat! mengagumkan! 

mushroom+rock= ??

*subhanallah,jaulah,merantau kat negeri orang nie..banyak mangajar kita...benda-benda baru,kita nie,banyak sangat-sangat benda yang kita tak tahu..so,kalau seorang manusia tu nk belagak sombong,tak payah lah...memalukan je..kita nie sangat kerdil..kalau kena lempaq sorang-sorang kat padang pasir tu, tak da air..bleh survive?? insaf...insaff..Allahh,jadikan aku hambaMu yang bersyukur dan kami amat-amat mengharapkan redhaMu dalam hidup ini...






Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites