Tuesday, March 4, 2014

Aku, kamu dan Dakwah #1

Bismillah...

hari ini 4/3/2014, 11.00 malam, keadaan berdebu di kota Kaherah, marilah kita bercakap soal dakwah yang semakin lama semakin sihat dan baik pembinaannya. Mungkin, kesedaran umat Islam zaman ini, dan keinginan untuk membawa Islam ketingkat yang paling tinggi telah membawa kepada keadaan dan pertumbuhan dakwah yang menggalakkan ini. Namun, disebalik keinginan ataupun kemahuan orang terhadap Islam ini, ramai lagi yang masih 'allergic' jika kita menyebut soal tarbiyyah. Sebenarnya bagi golongan seperti ini, ingin sekali saya bertanya, kamu ingin ke syurga atau tidak? Kamu sayang nabi Muhammad atau tidak? Tidakkah kamu ingin berusaha untuk suka kepada tarbiyyah? kerana apa? kerana ia adalah jalan yang dilalui oleh nabi dan para sahabat untuk melahirkan umat yang berkualiti, dan sesuai dengan kehendak Allah dan syariatNya. Adakah kita yang mengaku sebagai umat Muhammad, yang mengaku mencintai baginda, tidak mahu turut ikut serta berjuang di jalannya?

Adapun disebut di dalam kitab fiqh Sirah, di Jilid yang pertama, kenapa Allah menghendaki kekasihNya untuk melalui kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan kebenaran? Tidakkah Allah itu berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu? Tidakkah mudah bagi Allah jika IA menghendaki sesuatu? 'Kunfayakunn'! maka jadilah ia! Bukankah mudah untuk Allah memenangkan agamaNya? Di sini, harus kalian ingat perkataan 'taklif' dan kehambaan. Disebut, di dalam kitab, kerana sifat kehambaan yang tinggi yang dimiliki generasi terdahulu telah membawa kepada taklif ( iaitu tunduk kepada suruhan). Manakala taklif pula membawa kepada kesanggupan untuk menanggung beban dan melawan hawa nafsu.

Ini adalah jalan sunnatullah, yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang ingin syurga Allah. Ini adalah jalan untuk membuktikan kecintaan kita kepada Allah dan kesanggupan kita untuk bersusah payah hatta mati dijalanNya!

Kalian fikir, hanya orang biasa-biasa sahaja sudah cukup untuk menempuh jalan ini? Atau kalian fikir orang yang bangun, makan, belajar, tidur, baca qur'an, solat sudah cukup untuk melalui jalan ini? Jika benar ini pada fikiran kalian, kalian silap sama sekali! Untuk melahirkan individu yang mapan, yang sudah cukup bersedia untuk melalui jalan ini, tidak dapat tidak, haruslah melalui jalan-jalan tarbiyyah yang disediakan. Apakah jalan-jalan tarbiyyah yang disediakan untuk melahirkan individu-individu seperti para sahabat? Anda pernah dengar istilah 'wasilah tarbiyyah'? ya! Inilah jalan-jalan yang disediakan kepada mereka-mereka yang ingin bersusah payah dan berjuang demi meraih syurga Allah!



Adapun antara wasilah tarbiyyah yang harus kita lalui untuk menjadi individu muslim yang didambakan oleh agama dan ummat,antaranya ialah usrah, jaulah, rehlah, daurah, katibah, riadah, mukhayyam, tamrin. Nah! ini adalah jalan-jalan yang telah dilalui oleh mereka-mereka yang telah berjaya membuktikan kecintaan kepada Allah dan meraih syurga Allah pada akhirnya! Bagaimana untuk melalui kesemua jalan-jalan ini? Apakah mediumnya? haruslah kalian berjemaah. 'ALAIKUM BILJAMAAH' . Namun, awas dalam memilih jemaah, kerana tidak semua jemaah bergerak semata-mata di atas kepentingan agama malah, bergerak di atas kepentingan individu dengan menggunakan agama. Ingatlah sabda nabi, 'umatku akan berpecah kepada 73 puak, dan hanya satu puak sahaja yang akan memasuki syurga'.. mudah-mudahan kita tergolong di dalam puak yang berjaya meraih syurga Allah.

inshaAllah di post yang mendatang akan diceritakan kesinambungan hasil lahirnya individu muslim yang akhir sekali akan membawa kepada pembinaan sebuah khilafah, penaung bagi umat Islam seluruhnya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites