Thursday, November 10, 2011

111111 teknik terbaru arab untuk menipu..!

hurm..kat sini(mesir) kalo arab tngk orang Malaysia tu..mmg laaa berduit, mana tak nya..elaun students malaysia aje dah lebih daripada gaji sorang lecturer..huh! kayos Malaysia!

Oleh dek itulah, selalu je pak arab nie mencipta pelbagai taktik nak songlap duit orang Malaysia nie...nie taktik terbarulah yg baru aku discover malam nie..tak taw lah kalo korang dah discover sebelum nie..aku xnak burukkan arabs,tambah-tambah inikan bangsa nabi,instead,aku sngt respect akan thearabs nie,just kadang2 aku bengang la jgk,pke dgn duit menipu tu diorang nak sara anak bini..




Gini taktik terbaru tadi,diorang gunakn wktu malam..katakanlah kita dah kuarkan jumlah yg betul..ie: LE40, then kita bagi dekat dia,tp dia amek duit tu,then tukarkan dengan jumlah yg laen..yes, then dengan seriusnya, dia marah2 kita kata kita bagi tak cukup duit! cisss!! biadap!! then,kepada yg tak perasan jumlah yg dia kuarkan tadi, akan bagi lagi duit untuk cukupkan..untung la dia, untung la sngt LE20 je..nak makan Burger King pn xlepas..instead makan duit haram camtuuu..ingat la halal haram samaaa arab oiiii...


huish! kepada yg dah baca entry nie..tlg la ingtkan sama-sama kita yang ada kat perantauan nie..so, sapa2 yg dah terkena,halalkan je lah..muliakan bangsa Rasulullah yang dah bnyk berjuang untuk kita..saaaayang bangsa Arab! 

Sunday, November 6, 2011

happy eid..!!

Salam Eidd untuk semua membe2 TBS, setiap tahun mesti kita sambut raya haji kan..erm..mmg la kalo tak bermusafir, sama ajelah aidiladha kita tetiap tahun..tp sama pn, tak salah, sebab benda yang paling penting..solat raya tu lah..plus korban..kalo nk better lagi, bermusafir lah..mesti best..tengok budaya orang lain..

Kalau kat Malaysia, rasanya raya puasa lagi meriah daripada raya haji, tp kat mesir nie, sebaliknya..raya puasa tu biasa je..tp raya haji tu..memang meriah..sebab? haha, arab nie kalo ada aktiviti, baru meriah katanya..cam korban ke..kalo setakat lepak2 dengan family tu..tak de lah meriah sngt cam wat korban..




Obviously..even bertahun-tahun dah tengok unta kena semelih pun..arab-arab kat snie still tak boring nak tengok lagi..yelah, berebut dengan students Malaysia waktu nak semelih kat asyir tadi..huh..! da la ada yang bawak mercun..=.=' kesian ler kat haiwan-haiwan korban tu..

hm..Lapah unta? korang penah tak? Kalau kat Malaysia susah kan nak cari orang buat korban unta..kebanyakannya lembu je, tp maybe ada je kat certain tempat, ala..dia cam lapah lembu jugak..tp lagi letih la..sebab besar kot..plus tinggi..otot dia npk je kering..tp bleh tahan la kuatnya..kaki dia saja..kalo waktu nak korban tu, nk je 4 or 5 orang kena pagang..kalau tak, memang keja dia melibas jee..



pernah tengok unta kena semelih? kalau tak pernah..korang bleh tngk video nie, sempat je ak rakam tadi..tp adehh, kena berabut dengan arabs nie..letih laa..


so, again..happy eid untuk semua..:) enjoy makan daging puas-puas!

Thursday, November 3, 2011

hanya penggunting rambut

     Anologi ini mungkin paling sesuai digunakan sebagai gambaran kenapakah ketika ini umat berada dalam keadaan tenat..ye, memang, akan muncul hero kita, Imam Mahdi yang akan kembali mendaulatkan syiar Islam kembali..janji Allah pasti tiba..tapi, Imam Mahdi tak akan muncul selagi kita sendiri tak cuba berusaha untuk menjadi Mahdi..maksudnya,selagi kita tak berusaha untuk jadi lebih baek..

     Ini ada kisah, daripada kelas tafaqquh tadi..masya Allah, mantap sungguh penyampai dia..analoginya menarik, banyak isi-isi yang bernas..tapi yang paling menyentuh, analogi mcm nie lah..Jom kita cbe baca kisah ini, analogi dia menarik..

Ini kisah si penggunting rambut dengan orang yang nak rambut dia diguntinglah..sorang laki, datang ke sebuah kedai gunting rambut, lalu memintanya untuk memotong rambutnya sehingga kemas..sambil membuat kerjanya, si penggunting rambut secara tiba-tiba menyapa pelanggannya..seraya berkata..'Encik rasa, Allah itu wujud tak?' jawab si pelanggan..'uish, mestilah wujud'.

     Penggunting rambut bertanya lagi, kenapa ye, kalau Allah itu wujud dan sayangkan kita, kenapa Allah biarkan keadaan kita macam nie, dengan banyaknye anak luar nikah, zina, banyaknya malapetaka kat dunia nie. Ini bala nie, bala..'si pelanggan terdiam, membisu, dia cuba untuk mempertahankan pendapatnya. Namun dia gagal, dan terus berdiam diri.

Selesai menggunting rambut, si pelanggan berlalu selepas membayar upah si penggunting rambut..Apabila pintu dibuka, si pelangggan melihat seorang lelaki dengan rambut yang panjang dan tak terurus, seraya dia berkata 'aku percaya bahawa penggunting rambut tidak wujud di dunia ini.' Kata-kata itu didengari oleh penggunting rambut dan kembali bertanya.


 'Kenapakah encik berkata demikian?' . Lihatlah lelaki itu, masakan wujud tukang gunting rambut jikalau rambutnya masih berserabut macam tu.' Si penggunting berkata, itu bukan salah saya, tapi salah dia, kerana tidak datang kepada saya'. Si pelanggan tersenyum puas..'jadi kamu masih nak salahkan Allah kenapa dunia kita sekarang kucar-kacir?'. Si penggunting rambut tunduk, malu, dan kini dia mengerti kenapa dunia sekarang tidak lag tenteram..sebab kita sendiri tidak kembali kepada Allah..('',)

Wednesday, November 2, 2011

ini tersangat laaa besar..!


dekat Filipinas, huh hardcore punye buaya...! full version

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites