Saturday, September 1, 2012

merdekakah kita?

Assalamualaikum.....

dah lama aku tak tulih kat blog yg dah bersarang lebah ni...memang aku rasa malas sngt kalau bab2 nk menulih ni...adoii, mudah mudahan Allah still bagi aku hidayah untuk aku tulih jugak apa-apa ilmu yang aku dok kutip sepanjang hidup aku ni...harap-harap dapat bagi manfaat untuk ummat Islam sejagat..

haqi nie aku nk share sket pasal artikel yang aku baca dalam majalah solusi...isi dan isu yang dibawa adalah sangat menarik dan ides-idea yang dibawa adalah sangat bernas....isu dia pasal merdeka hari tu laaaa.....hmm, dua hari lepas ada aku tengok tv al hijrah waktu pagi tu...yess, ini adalah respons oleh ibu bapa yang mana anak dia join program sambutan kemerdekaan...

kalau ikut apa yg anak dia habaq, dia tak sempat pn nk menunaikan solat lima waktu dek kerana menyertai program sambutan kemerdekaan tu...so, jom kita pikiaq balik...adakah itu erti dan cara kita nak sambut kemerdekaan? punya nak sambut sampai solat lima waktu pn kita bleh nak tinggal? ini tak sepatutnya berlaku jikalau kita benar-benar orang yg merdeka...

Aku amat bersetuju dengan seorang penulis artikel dalam majalah solusi nie....dia cakap.. kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita menjadi hamba Allah yang sebenar..macam mana jadi hamba Allah yang sebenar tu boleh menjadikan kita sebagai orang yang benar-benar merdeka daripada aspek zahiriah dan rohaniah??
Pencerahan dia macam nie....kita ambil contoh sahabat nabi, Billal bin Rabah..perhatikan pada HAKIKAT JIWA beliau...

Bilal bin Rabah
Status: hamba kepada 'Utbah bin Rabi'ah'
Seksaan yang diterima: Diseksa jasadnya, tubhnya dirantai dan diperlakukan dengan kejam oleh tuannya
Kesalahan yang dilakukan: Masuk Islam tanpa izin tuannya
Hakikat jiwa: Sudah merdeka, bebas dan gembira kerana mendapat hidayah Allah s.w.t dan mendapat kerehatan, dan kekuatan untuk menampung keperitan dan kesakitan luaran yang diterimanya
Kejayaan yang dikecap: Perhambaan kepada Allah dengan mengangkat harga dirinya dengan kualiti iman dan takwa.

Yes...hakikatnya pada hari ni pn...ramai sangat di antara ummat Islam yang merdeka dari segi zahiriah namun masih dijajah dari sudut rohaniahnya...sebenaqnya kan, apa masalah ummat Islam akhir zaman nie? masalahnya kita tak boleh nak ikut apa Al-Qur'an dan As- Sunnah gariskan kepada kita...kenapa kita tak dapat ikut ye? sebab fikiran dan gerak geri seharian kita dah ikut macam barat nak...xpercaya? cuba tengok diri sendiri macam mana? masyarakat? masjid tak penuh langsung kalau sampai waktu solat..tp mall? boleh kata selagi pintu dia tak kunci....penuh orang kat dalam tuh...

tpkan tak faham lagi la macam mana yang dikatakan menjadi hmba Allah yang sebenar..kita adalah orang yg sebenar-benar merdeka...kan jadi hamba tu, tak merdeka lagi la....tak! bukan macam tu..! cuba kita tengok surah al-Isra' ayat satu....


Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
 
(Al-Israk 17:1)



Agak-agak la kan....kenapa Allah guna perkataan ' hambaNya ' kenapa tak guna 'kekasihNya' atau 'rasulNya' ? ini nak menunjukkan darjat seseorang hamba yang menuju Allah, darjatnya amat tinggi...yes, kalau macam tu darjat seseorang yang benar-benar menjadi hamba Allah adalah sangat tinggi disisiNya....tambahan pula, seseorang yang benar-benar menjadi hamba Allah akan merdeka daripada sifat-sifat mazmumah...contoh, hasad dengki, takbur, ujub..kenapa ya? sebab seorang hamba Allah yang beriman tidak akan melakukan apa-apa yang Allah tak suka...so, logik kan kalau kita kata orang yang betul-betul beriman dengan Allah, adalah orang yang merdeka sebenar-benarnya....

Contohilah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan umat-umatnya yang benar-benar soleh yang telah menjadi orang-orang yang benar-benar merdeka...lihatlah pabila mereka benar-benar merdeka....2 per 3 dunia mampu mereka kuasai....agak-agak kan...bila kita nak merdeka ? bila masyarakat kita nak merdeka? kalau tak kembali kepada Al-Qur'an dan Assunnah, kita tak akan merdeka selamanya....

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites