Wednesday, February 29, 2012

around us

Perasan tak,rutin harian kita hari-hari sama je..bangun pagi, mandi, pegi kuliah, sampai petang, jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan..pastu study sket2,tak pun maen game ke..pastu tdo, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan,  bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, bangun pagi,mandi,pegi kuliah,sampai petang,jumpa kawan-kawan,balik kuliah,masak,makan, urghhhhh!!! 

seee,korang nak baca pun dah bosan..life macam nie kinda bosan la jugak,hari-hari buat benda yang sama..agak-agaknya hidup zaman dulu-dulu lagi best tak? ke camna? kalau laki-laki tu boleh g belajar cara-cara berperang,memanah,macam mana nak guna pedang...soooo coool..! pastu belajar strategi ketenteraan...pastu mengembara sana snie..visa pun tak yah guna, bagi aku,matlamat hidup orang-orang Islam zaman dulu kala lebih jelas berbanding kita sekarang, memang, memang kita solat,buat ibadah semua macam yang orang dulu-dulu jugak, tapi 'feel' buat ibadah tu biasa je, tak dapat nak rasa sangat,faham tak?..kadang-kadang aku tengok balik video-video orang-orang yang berperang dalam jalan Allah,aku tengok balik semangat diorang berjuang, sangat-sangat la bersemangat,they trust,got in war,facing enemy, memang solid kerana Allah,macam mana aku taw ye? Tengok la semangat-semangat orang-orang yang sanggup mati atas jalan Allah tu, sangat detectable..! 



Ya Allah,aku rasa kalau diorang hidup lagi zaman sekarang nie,mesti diorang kecewa dengan kita, MEMANG, orang cakap,belajar tu pun jihad jugak, tapi masakan kalau saudara-saudara kita kena sembelih pn,kena bunuh, kita boleh belajar lagi, kita sekarang dah terlalu lemah..sekarang nie, life kita cam dah dirancang, sampaikan nak pikir pasal saudara-saudara kita pun tak sempat...kita sangat sibuk,sampai saudara-saudara kita kena sembelih pun, kita tak sempat nak pke,sebab? sebab,kita nak study,nak kejar cita-cita...mana sempat nak pke semua tu kan..hampeh! memang kita dah dibahagikan ikut rumpun bangsa,even kita saudara seagama pun,kita tak boleh buat apa-apa untuk tolong saudara-saudara Syria...kita hanya boleh berdoa saja, itu pun ada yang malas nak doa..aduuii! apa la nak jadi,lemah sangat! 

Hopefully dalam dua, tiga dekad nie..Islam akan naek balik, aku nak tengok jugak sebelum aku mati one day..macam mana hebatnya semangat-semngat jihad pemuda-pemuda Islam..macam mana hebatnya Islam dalam peperangan,betapa takutnya musuh-musuh Allah bila facing tentera-tentera Islam,macam mana amannya dunia nie,betapa adilnya hidup ini kalau Islam yang memerintah...aku teringin nak tengok macam mana bila kalimah 'lailahaillallah' tercucuk megah atas bumi Allah nie..aku nak tengok macam mana manusia dapat hak hidup masing-masing,rasa dihargai,wanita-wanita dilindungi..semua nie possible kalau hanya Islam yang memerintah dunia..Islam rule the world,soooo cool..! there will be no more or less crime bila adanya hudud, undang-undang ciptaan Allah..tak caya?kalau dah Allah tu pencipta manusia,mesti la undang-undang yang Dia buat tu mampu nak sekat nafsu manusia..guna logik pn dah cukup..takkan la syarikat Nokia yang keluarkan phone Nokia tak taw macam mana nak fixed that phone..logic enough? 

PS# ya Allah,kurniakanlah syabab-syabab Islam semangat jihad seperti singaMu saidina umar, pedangMu khalid al-walid,sultan salahuddin dan sultan muhammad al fateh..berikanlah kemengan kepada Islam..T.T

Monday, February 6, 2012

ianya sebab nikmat

SELALU je kalau aku keluar daripada masjid..ada je pak cik arab nie..tengah berpaut dekat tiang masjid nie,tak pun dekat kereta yang ada kat depan masjid tu, aku pn selalu je monolog dalaman sorang-sorang..'ish,pak cik nie..dah alang-alang dah mai masjid,awat tak masuk dalam solat ramai-ramai,kan seronok..'..bila tengok dia..aku tak kata apa-apa..nak cakap apa,aku cakap arab pun tak reti..aku cuma senyum je kat dia..sambil aku berdoa..ya Allah,berikan hidayah kepada aku dan pak cik nie..moga-moga terbuka hati dia nak bersolat jemaah sekali..aku senyum je kat dia..pastu aku terus jalan balik rumah..tak tegur pn pak cik tu..


gambar hiasan jeee...

benda nie jadi dah dekat dua minggu dah, selalu ja aku aku tengok dia lepas solat..tapi,aku pelik,muka dia sangat-sangat tenang kalau kita tengok..selalu je dia senyum,aku pun,suka balas-balas senyum dengan orang neh..sambil aku cakap sorang-sorang..'ish,doa aku tak makbul lagi nie, takpa2,nanti mesti makbul jugak'...aku senyum, then,terus je pergi...

pastu ada one day..imam masjid datang lambat...aku dok tunggu je dalam masjid tu..xpa la..niat iktikaf sekali..sambil tunggu..tetiba aku teringat kat pak cik tu..baru aku perasan dah dekat seminggu dah tak jumpa dia..'ya raagill!' aku dengar arab menjerit kat belakang..ah,panggil orang laen kot..ramai je laki dalam masjid nie..'duktur Muhammad!!' uish..dia panggil aku rupanya..aku pun kalih kat belakang..-selalunya orang arab nie,panggil nama depan kita,tak pun dia pnggil Muhammad je,arab kat snie panggil aku macam nie, maybe sebab course yang aku ambik kot kat snie..nk dapat title doktor tu,berjanggut lagi la, tak de diorang nk panggil hanif,apatah lagi anip,haha- 

bila aku kalih..aku nampak sorang laki,tengah pegang pak cik tu..'alhamdulillah,datang pun pak cik nie'..laki tu tunjuk syarat suruh bawak pak cik nie masuk dalam..aku bangun la, jalan sampai depan pintu... astagfirullahh..rupanya,pak cik yang selama nie aku tengok..rupanya cacatttt!!..kaki dia tak dapat nak luruskan dengan betul..kalau jalan,memang confirm akan jatuh..nak saja aku menangis time tu..pak cikk,mulianyaa pak cikkk..sanggup datang masjid even kaki macam nieee,memang kita yang ada kaki nie,yang sempurna nie..kalau tak guna kaki nie untuk p solat berjemaah kat masjid,memang kufur nikmat! ..T.T -honestly,aku nangis jugak time tu- rupanya,yang dia duduk tunggu kat luar masjid tu..dia tak boleh nak masuk masjid..sebab dekat pintu masjid,nak masuk tu..ada penghadang sikit...aku bawak la dia duduk atas kerusi,dia senyum je,then baru aku taw..rupanya pak cik nie..tak boleh nak cakap..dia tak bisu,tapi percakapan dia tak jelas..dia senyum je tengok aku..

adussh!teruk seh aku rasa haritu..insafff sangatt....kesal jugak aku dengan diri aku nie..kenapa laa selama nie aku boleh tak perasan yang pak cik nie cacat...adussshhh, nasib la Allah nak tunjuk jugak..as umat Islam,aku kena peka dengan saudara-saudara seislam aku..bukan aku sorang je yang nak masuk syurga..point besar kat snie..seee! tengok la pak cik tu...seCACAT-CACAT dia pun,dia sangat la berusaha nak pegi jugak solat berjemaah..tak da alasan weh nak solat sorang-sorang kat rumah APATAH LAGI KALAU NAK TINGGAL SOLAT,tambah-tambah,kalau diri tu dah sehat walafiat,tak da cacat cela, awas!! kalau Allah tarik nikmat berjalan kita,rasa la penderitaan tu...

Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada aku, dan seluruh umat Islam kat bumi nie..especially bab-bab solat nie..solat nie,sangattt la berat...so, pleassee jangan memandai nak ringan-ringankan,buat halai-balai ja..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites