Tuesday, December 29, 2015

Kenapa Kita Begini?

Terfikir tak kenapa kita selalu jadi pengikut sahaja dalam undang-undang dunia ni?

Terfikir tak kenapa kita yang selalu jadi 'pencedok' ilmu dan teknologi sahaja tanpa kebolehan mencipta?

Terfikir tak kenapa bangsa kita statik atau sangat perlahan dalam mengikut arus perubahan dunia?

Last, perasan tak, kita sebenarnya masih mundur?

Kalau anda tak perasan, tahniah! Sebab anda masih berada selesa dalam zon selesa. Ya, ramai yang ada dalam zon ini. Ikutlah apa nak jadi, cukup sekadar ada.

Beberapa masalah sebenarnya dalam diri kita yang tidak sedar diri, selesa dengan cara lama dan masih dengan cara lama.

Cemburu tak dengan bangsa Eropah yang maju bertapak-tapak di hadapan kita? Tak? Tahniah, anda masih berada di dalam zon selesa.

Sebenarnya apa masalah dengan kita? Kenapa kita tidak boleh bergerak maju dalam satu bidang, at least! Biar orang lain pulak cedok ilmu dan teknologi daripada kajian-kajian kita.

Ya, kita banyak doktor-doktor, kita banyak individu-individu yang hebat, aku bercakap mengenai Islam itu sendiri, kita hebat dan sepatutnya menjadi hebat. Islam itu hebat, tapi kita tidak.

Kita bukan tidak mampu, tapi kita tak sedar atas kemampuan kita, dan kita payah nak sedar. Aku ada tengok penelitian kenapa bangsa Eropah, spesifik sikit, Amerika Syarikat, mampu jadi kuasa paling besar di dunia, mereka cukup lengkap dengan jati diri mereka sendiri dan keperluan hidup mereka sendiri.

Banyak huraian lagi yang boleh kita keluarkan daripada keperluan hidup dan jati diri. Sengaja aku keluarkan jati diri daripada keperluan hidup untuk aku tekankan betapa pentingnya jati diri ini. Benda ni bukan boleh difaham dengan syarahan ataupun kelas, dia akan datang sendiri kepada orang yang suka duduk diam dan memerhatikan pola perubahan dunia dan manusia. 

Disebabkan kemajuan bangsa Eropah, kebanyakan daripada kita dah hilang jati diri yang sebenar. Bukan aku cakap jangan nak tiru Amerika, silakan, ambil yang baik, yang boleh menguntungkan kita, jangan tiru yang tak baik, masalah sekarang ni, kita akan ambil yang tidak baik, yang tidak menguntungkan, dan meninggalkan yang baik. Ini yang aku perhatikan dalam masyarakat sekeliling aku. Aku boleh bagi contoh, tapi sengaja aku tak nak, aku nak korang fikirkan sendiri, keluarkan sendiri.


Ingat beb 'Kesedaran akan keperluan untuk buat sesuatu perkara berbeza dengan buat sesuatu perkara atas sebab keperluan' . Apa beza dia? Kesedaran? Tak percaya, cubalah try formula ni, atau perhatikan saja, kualitinya berbeza dengan adanya kesedaran. 


Selepas perang dunia kedua, ada dua kuasa besar dunia yang berada dalam perang dingin, iaitu Amerika dan Rusia. Ini dua kuasa besar yang akan menentukan undang-undang dunia. Nilai rasa persaingan dalam bangsa Amerika Syarikat dan kesedaran akan keperluan untuk mendahului dunia telah meletakkan mereka di atas berbanding Rusia, rasa kompetensi telah menyebabkan mereka mendahului dalam bidang sains dan tekonologi, meneroka angkasa dan macam-macam lagi pencapaian.


Kita? fikirkanlah, tengok keadaan sekeliling, sebenarnya apa yang kita tengah lakukan. Perhatikan sebenarnya apa yang kita asyik dalam kehidupan kita? Tak sedar lagi? Tahniah. Anda memang teruk. 


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites