Monday, November 23, 2015

#SIKAP

Abbasiah, Kaherah
2354 
24/11/2015

Assalamualaikum, lamanya tak update blog ni ya. last aku update tahun lepas bulan tiga. Mungkin alasan aku sibuk dengan persatuan sampai tak sempat nak tulis, rasanya waktu bulan 3 tahun lepas ni, aku baru betul2 serius dalam persatuan, al maklumlah sebagai pengerusi cawangan masa tu. Sejujurnya sepanjang keterlibatan aku secara serius dalam persatuan PERUBATAN semenjak tahun dua banyak memberi aku nilai tambah dalam pelbagai bidang. Sebab? sebab aku tiap2 tahun pegang portfolio yang berbeza. Tahun satu merupakan tahun pertama aku terlibat dengan persatuan gah sebagai persatuan yang dominan bagi pelajar2 sains kesihatan di Mesir ini. Tak tahu kenapa, tapi naluri aku semenjak tahun satu, rasa mcm memang nak menyumbang dalam persatuan ini.





So DITAKDIRKAN tahun satu, aku ditawarkan dengan jawatan sebagai ajk kecik dalam PERUBATAN ni, agak picisan jawatan aku, ajk unit kesihatan bagi PERUBATAN pusat, yang mungkin kerja aku ni beri ataupun tidak manfaat kepada persatuan ini. Tapi obsesnya aku pada persatuan ini, kerja aku mudah saja, buat peta hospital di sekitar kawasan tempat tinggal pelajar2 Melayu disekitar Abbasiah (tempat tinggal aku). Aku memang cukup serius dalam buat peta ni, sampaikan disebabkan peta ni, aku sanggup try untuk mintak tolong arab walaupun aku tak reti nak cakap arab, and daripada situ, secara tak sedar, aku dah asah bahasa arab aku dalam berkomunikasi dengan arab, lengkaplah peta hospital aku untuk diserahkan kepada boss waktu tu Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan (JKK). Tapi, akhirnya kerja aku tak diterima, tak tahu lah, sebab bos dah lupa kot dia ada bagi tugas untuk aku lukis peta. Tapi okay saja, sebab konsep bekerja yang memang aku pegang ialah BEKERJA UNTUK BELAJAR, BUKAN UNTUK WANG ATAU NAMA. 

Tahun kedua aku apply untuk jawatan ajk untuk PERUBATAN Cawangan yang akan ditubuhkan bagi universiti aku, APPLY? YES! I DID. kalau kata orang, tak baik mengejar jawatan. Aku nampak ini salah satu peluang atau platform yang boleh aku bekerja untuk belajar dan menyumbang untuk masyarakat, khasnya warga perubatan di Ain Shams. 

'SIKIT ORANG berpendapat, buat apa aku susah2 nak menyumbang untuk masyarakat, fokus belajar, dan sumbang untuk diri sendiri sudah, RAMAI ORANG berpendapat, alah aku terlibat sikit2 sudahlah asalkan aku menyumbang, LAGI SIKIT ORANG berpendapat, dengan aku bekerja, aku mampu belajar skills baru, biar salah, biar gagap, asalkan aku belajar, malah aku boleh menyumbang untuk masyarakat. Ini ialah jenis mentality yang aku dapat lihat dekat sini. Tak ramai melihat pada sudut pandang ketiga, aku boleh cakap, bila orang itu pandang pada sudut pandang ketiga, dia sebenarnya mempunyai common sense yang agak 'rare'. Reality kehidupan bermasyarakat di Malaysia adalah jauh berbeza dengan masyarakat (KELOMPOK MELAYU) di Mesir. Dengan bekerjalah sebenarnya kita belajar bermuamalat dengan pelbagai kelompok manusia yang pelbagai jenis dan kita akan lebih mengenali diri kita.

Ditakdirkan aku memegang portfolio ekonomi, satu jawatan yang memang sebenarnya agak asing bagi aku, ekonomi? what? come on lah! Aku basic satu habuk pun tak dak, mcm mana aku nak generate duit untuk persatuan? Okay inilah satu bentuk pelaburan yang sangat menguntungkan bagi aku. Takda basic ekonomi? belajarlah! Maka daripada situlah aku mula belajar mcm mana nak cuba buat duit untuk persatuan, maka aku listkan segala segi jenis perniagaan yang mampu dibuat, adalah senarai panjang, tapi semuanya sangat tidak menguntungkan! Okay aku pun buatlah perancangan tahunan nak jual itu dan ini, ya, memanglah tak berapa menguntungkan kalau dipandang daripada sudut kewangan. Tapi cuba pandang daripada sudut pengalaman, bukankah ianya satu ilmu dan pelajaran baru bagi aku? ya! dan jugak untuk persatuan. Sepanjang tahun itu jugak, aku bekerja2, deal dengan arab untuk setiap barangan untuk dijual, deal dengan usahawan2 kecil di sekitar kaherah di mana golongan yang paling banyak aku berinteraksi ialah Melayu. 

Disitu banyak aku menilai cara-cara bangsa Melayu berniaga dan bangsa Arab itu sendiri. Ada sedikit kelompongan secara jujurnya aku menilai dalam bangsa Melayu dalam menjalankan perniagaan, bangsa Melayu Indonesia adalah satu bangsa yang lebih bijak berniaga berbanding Melayu pada penilaian aku, bangsa aku sendiri, mungkin, satu hari, aku boleh betulkan dan jadikan pengalaman ini sebagai sesuatu yang sangat berguna sebagai pengajaran nanti. Pejam celik, dah habis satu sesi aku bekerja untuk biro ekonomi, dan keuntungan BERSIH pertama kali yang aku catatkan untuk sepanjang tahun ini ialah le8000. Jumlah yang sangat sedikit dan aku tidak pun berpuas hati melainkan aku berfikir mengenai pengalaman yang aku dapat dan proses pembelajaran yang aku lalui. Jadi kalau setakat ni, aku banyak menyentuh mengenai bab SIKAP bagi kita yang kadang kala kita memang tak sedar, ini yang bahaya. Next, mungkin aku akan ceritakan sambungan apa yang aku belajar bila aku bekerja dalam perubatan pada sesi seterusnya. 

Wallahua'lam

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites